Set Berpantang Shaklee Bantu Ibu Pulih Dengan Cepat

Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak berkongsi tentang Set Berpantang Shaklee. Tahukah ibu-ibu, Set Berpantang Shaklee bantu ibu pulih dengan cepat selepas bersalin? Saya kongsikan nanti ya.


Alhamdulillah kita sudah melepasi bulan Oktober 2017. Sangat cepat masa berlalu.

Anak yang pada awal tahun masih kecil dan hanya terlentang, kini mungkin sudah pandai memaut dan berdiri. Mungkin juga ada yang sudah boleh berjalan! MasyaAllah. Allah memang Maha Besar, menyusun atur kehidupan hambaNya yang lemah.

Bila diingati semula, banyak pahit manis yang dilalui daripada fasa mengandung, kemudian bersalin, berpantang hampir 2 bulan, dan kemudiannya menyusukan anak. Tahniah kepada ibu-ibu yang berazam untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun.

Realitinya ibu-ibu, selain ilmu penyusuan, fasa berpantang yang baik dan lancar sangat memainkan peranan dalam melancarkan proses penyusuan. Ia akan mempengaruhi mood dan juga kesihatan ibu-ibu secara umum. Oleh sebab itu, sangat penting untuk memilih set berpantang yang tepat.

 

7 Kebaikan Set Berpantang Shaklee

Tahun lepas, saya berpantang dengan Set Berpantang Shaklee selepas bersalin secara c-sect. Alhamdulillah, banyak manfaat yang saya dapat dan kini saya masih menyusukan anak yang sudah berumur 16 bulan.

 

Nutrition after childbirth helps to support recovery, regain mother’s energy and vitality, support breastfeeding, and prevent baby blues.

 

Di sini saya kongsikan 7 kebaikan Set Berpantang Shaklee:-

1) Luka Bersalin Pulih Dengan Cepat

Ibu-ibu perlu tahu, apa sebenarnya yang membantu luka bersalin pulih dengan cepat. Ada orang kata makan telur ayam, makan ikan haruan, makan buah oren, makan itu dan ini. Apa sebenarnya yang ada dalam kesemua ini yang membantu proses pemulihan?

Ya, protein, vitamin C, dan zink!

Protein, vitamin C dan zink sangat membantu dalam proses penyembuhan luka, hatta luka selain bersalin. Ibu-ibu boleh mendapatkannya melalui makanan. Asid folik juga membantu.

Jika khuatir tidak mencukupi, lebih mudah untuk telan suplimen semulajadi daripada Shaklee yang umphh dari segi penyerapan.

Jangan lupa, ibu menyusu perlukan 75 gram protein sehari!

2) Beri Ibu Tenaga

Fasa berpantang selalu disebut sebagai fasa yang melemaukan bagi ibu-ibu. It doesn’t have to be that way.

Percaya atau tidak, anda boleh melalui fasa berpantang dengan bertenaga!

Protein, iron dan vitamin B yang cukup akan memberi tenaga kepada ibu-ibu untuk melalui hari-hari yang mencabar. Iyalah, sudah ada jam loceng yang berbunyi setiap jam pada waktu malam. Memang ibu-ibu memerlukan badan yang kuat.

Iron bantu mengekalkan taraf hemoglobin yang baik untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan.

Vitamin B membantu menukar makanan kepada tenaga.

Protein rendah glisemik indeks pula membantu anda rasa kenyang buat masa yang lama.  Ibu menyusu perlukan 75 gram protein sehari. Kebanyakan hidangan protein seharian kita berpotensi dimasak dengan cara yang menghapuskan nutrisi protein tersebut, seperti menggoreng. Jangan tak tahu, suhu yang terlalu tinggi menghapuskan nutrisi protein. Jadi cubalah memasak dengan cara merebus, membakar atau mengukus.

3) Tulang Dan Gigi Yang Kuat

Apabila ibu-ibu hamil, bayi anda yang sedang berkembang memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Begitu juga dengan ibu yang menyusui anak.

Kalsium juga penting untuk mengembangkan jantung, saraf dan otot yang sihat.

Jika ibu-ibu tidak mendapat kalsium yang mencukupi dalam pemakanan, bayi anda akan mengambilnya dari tulang anda, yang mungkin menjejaskan kesihatan ibu-ibu di kemudian hari.

Oleh sebab itu, kalsium sangatlah penting ketika berpantang.

Ada satu kisah di mana seorang ibu menyuruh anak gadisnya memborong Ostematrix kerana tak mahu anaknya mengalami nasib yang sama sepertinya; hilang sebatang gigi di setiap kehamilan! Oh no. Semua orang tak mahu itu.

Pada tahun 1986, Dr. Ralph Shangraw, Pengerusi Jabatan Farmaseutikal di Universiti Maryland menjalankan ujian terhadap beberapa jenama tablet makanan tambahan atau suplimen kalsium untuk melihat sama ada ia terurai dalam jangka masa yang baik dan selamat untuk sistem badan.

Beliau mendapati, ada beberapa jenama tablet yang mengambil masa sehingga 6 jam untuk terurai. Ia sangat mengejutkan kerana jika tablet kalsium tidak habis terurai pada masa ia meninggalkan sistem perut, ia berpotensi besar untuk tidak diserap di dalam aliran darah dan menjadi sesuatu yang merbahaya buat kesihatan. Setelah dikaji, rupa-rupanya pada tahun 1936, lebih daripada setengah tablet kalsium di pasaran gagal untuk terurai dalam masa 30 minit!

Antara salah satu sebab tablet kalsium mengambil masa untuk terurai berbanding tablet vitamin dan mineral lain adalah kerana ia vitamin yang keras, mampat dan “bulky”.

Jom kita tengok berapa lama Ostematrix mengambil masa untuk terurai.

 

4) Kurangkan Risiko Kemurungan

Vitamin B dapat mengurangkan risiko kemurungan di kalangan ibu berpantang sekaligus mengelakkan risiko meroyan. Kekurangan vitamin B12 boleh menjejaskan tubuh dalam pelbagai cara termasuk prestasi mental, mood, kesihatan adrenal dan boleh menyebabkan kemurungan.

Bila ibu gembira, mood baik, ia membantu pemulihan secara cepat dan melancarkan proses penyusuan. Semua tahu kan stres boleh mengganggu bekalan susu ibu?

BACA >> KETAHUI FAKTA TENTANG MEROYAN SELEPAS BERSALIN

5) Tiada Sembelit

Aduhh ia memang sesuatu yang tidak menyenangkan, bukan?

Kajian menunjukkan, ibu-ibu yang mengalami sembelit ketika hamil berpotensi besar untuk sembelit juga selepas kelahiran.

Faktor biasa adalah ibu-ibu seriau nak meneran, baik yang bersalin normal mahupun secara c-sect.

Jangan risau ibu-ibu. Magnesium di dalam Set Berpantang Shaklee membantu penolakan najis secara lembut sekaligus menghilangkan masalah sembelit.

6) Sokong Penyusuan Ibu

Protein dan kalsium memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu.

Jika ibu tidak mendapat bekalan protein dan kalsium mencukupi, ibu mudah letih dan mungkin juga kecundang dalam perjalanan menyusu anak selama 2 tahun.

Jika ibu rasa ibu sudah mendapatkan protein yang mencukupi melalui pemakanan, semak semula cara ia dimasak.

7) Sokong Perkembangan Bayi

Apa lagi yang perlu dikata?

Khasiat yang mencukupi daripada susu ibu akan membantu perkembangan bayi anda. Contohnya kalsium untuk tulang bayi yang kuat, omega 3 untuk mata dan otak bayi, protein dan vitamin untuk perlindungan dan imuniti badan.. ahh seronok bila anak membesar dengan sihat dan cergas!

 

Testimoni Set Berpantang Shaklee

Baru-baru ini juga saya dapat maklumbalas daripada rakan yang juga merangkap pembeli Set Berpantang Shaklee daripada saya. Anaknya kini sudah berumur 5 bulan.

 

 

Set Berpantang Shaklee

 

 


 

Untuk ibu yang sudah dekat dengan tarikh bersalin, bolehlah dapatkan Set Berpantang Shaklee daripada saya dengan hadiah-hadiah menarik buat anda dan bayi anda!

 

ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge