Saat Magika Bersama TWB

saat magika bersama TWB

 

Alhamdulillah, kini sudah masuk bulan ketiga saya bersama The Walking Beauty Project. Bila join je TWB ni, kita bukan sekadar gembira dengan pencapaian sendiri, tapi kita akan rasa happy jugak bila tengok pencapaian team members lain. Untuk post kali ni, saya nak kongsi tentang saat magika bersama TWB.

Sebelum tu, klik sini untuk tahu lebih tentang The Walking Beauty Project >> Apa itu TWB?

 

Saat Magika Bersama TWB #1

Saat magika saya bersama TWB adalah ketika saya dapat belajar ilmu baru dan mengaplikasikannya untuk menjana pendapatan sampingan.

Tak pernah terlintas di kepala untuk belajar ilmu spa. Semua kawan tahu bagaimana saya tidak terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan diri. Tetapi atas sebab mahu upgrade diri, upgrade ilmu, upgrade ekonomi, saya buka jiwa saya untuk bersama dengan projek spa TWB.

Alhamdulillah it’s a very wise choice. TWB sudah bertapak hampir 3 tahun! Saya nampak peluang yang sangat cerah dan besar bila bersama dengan TWB. Lagi-lagi dengan produk semulajadi  yang selamat dan berkesan.

Tengoklah ni, full booking every weekend! Cuma kena rajin dan komited.

 

Saat Magika Bersama TWB #2

Saat magika saya bersama TWB adalah ketika saya dapat berkenalan dengan klien dan ahli TWB dari pelbagai latarbelakang.

Bila kita jadi surirumah, peluang kita untuk bertemu, berkenalan dan bersosial bersama komuniti agak terhad. Walaupun saya ada menyertai NGO, ianya tetap tidak sama.

Klien saya ada seorang guru, mak andam, pelajar universiti dan juga surirumah seperti saya! Jadi banyak sangat perkara yang diborakkan sepanjang servis spa.

Ahli TWB pula, jangan cakap. OKU ada, doktor pun ada!

Jom tengok pekerjaan ahli-ahli TWB. Macam-macam ada! Ni baru sikit tau, kami dah beratus orang!

Doktor perubatan
Peguam
Majistret
Pensyarah
Guru pendidikan khas
Engineer
Pelajar universiti
Domestic Engineer
Teacher Tadika
Akauntan
Nurse
Arkitek
IT
R&D Officer
Kerani
Tailor
Physiotherapist
Secretary
Baker
Designer
Operator kilang
Pemilik kedai spa
Pemilik bisnes bekam
Tukang jahit

 

Meriah tak meriah dek non 😆 

Rugilah tak join famili besar kami.

 

Saat Magika Bersama TWB #3

Saat magika saya bersama TWB adalah ketika melihat hasil pencapaian ahli TWB yang lain.

RM500 dalam masa 3 hari. Ada juga seorang guru kaunseling yang dapat RM700 dalam masa 4 hari bila balik ke kampung pada hujung minggu !

Ada yang menangis bila dapat bagi duit lebih pada mak ayah, sebak bila boleh dapat pendapatan segera dan buat saving keluarga. Ada juga yang guna untuk travel first time tak sentuh duit gaji, ada yang dapat guna untuk emergency.

 

 

 

Lihat  gambar di atas ni, bagaimana seorang yang baru sahaja join beberapa bulan dah mengakui betapa dengan sertai TWB ni sudah banyak mengubah hidupnya. Lepas ni dia nak kumpul duit untuk kahwin pula 🙂

 


 

Sekian perkongsian ringkas saya pagi ni.

Jemput LIKE page mobile spa saya >> SURI Mobile Spa

InsyaALLAH selepas bersalin dan berpantang bulan April ni, saya akan terus meroket bersama TWB dan terus bantu perkenalkan projek TWB kepada wanita-wanita di luar sana. Serius sangat berbaloi!

Salam sayang !

ATIQAH HASSAN

PEMILIK SURI MOBILE SPA

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge