Penyakit Gout : Ciri-ciri, Faktor & Cara Elakkannya

Penyakit Gout

Kelas Oleh Doktor Dua Kelulusan

Minggu lepas, Master Norita adakan satu kelas tentang penyakit gout. Perkongsian tentang penyakit gout ini disampaikan oleh Dr. Anya Tay, seorang doktor yang mempunyai dua kelulusan, iaitu dalam bidang Perubatan dan juga bidang Nutrisi. Kerana ianya kelas ilmu, ia terbuka kepada ahli Shaklee dan juga bukan ahli Shaklee.

 

Image may contain: one or more people

 

Saya tidak dapat hadir ke kelas ini. Namun Master Laila telah membuat sedikit perkongsian dan butiran penting telah saya catitkan. Saya akan kongsikan di sini dengan sedikit tambahan maklumat daripada laman web yang dipercayai.

Penting untuk kita tahu tentang gout ni, lagi-lagi jika kita ada ayah, suami, atuk, pakcik dan lain-lain saudara lelaki.

Hah kenapa fokus kepada lelaki ya?

Nanti kita cerita.

 

Apa Itu Gout

Berdasarkan maklumat di portal MyHealth KKM, gout adalah sejenis penyakit disebabkan oleh asid urik berlebihan di dalam badan.

Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

Bagi penghidap atau pesakit gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan ia akan berkumpul di dalam sendi.

Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dan paling tua dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.

Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan. Kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

 

penyakit gout
Dr Anya Tay

Bagaimana Nak Kenal Pasti Gout

1) Sakit menyerang ibu jari kaki. Gout lazimnya menyerang di bahagian bawah ibu jari kaki, tetapi boleh juga singgah di bahagian tumit, lutut dan lain-lain sendi.

2) Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Bila kita pegang di bahagian ibu jari kaki, terasa panas dan sakit.

3) Sakit yang berlaku secara tiba-tiba dan mendadak, kerap kali semalaman. Jika ianya osteoarthritis, sakit datang secara perlahan. Berlainan dengan gout kerana sakit akibat gout datang secara mendadak dan tiba-tiba.

4) Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun sangat menyeksakan.

5) Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

6) Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

7) Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

 

Komplikasi Gout

Berdasarkan maklumat di portal MyHealth KKM, asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ‘tophi’.

 

Penyakit Gout
Tophi di ibu jari kaki

 

 

Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ‘batu karang’.

Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:

  • Kegemukan / Obesiti
  • Darah tinggi
  • Hiperlipidemia (penyakit dimana kadar lemak dalam tubuh sangat tinggi)
  • Diabetes

 

Faktor Penyakit Gout

1) Genetik

Adakah gout boleh diwarisi? Ya, gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan.

Dr Rajban Singh dari Hospital Pantai Kuala Lumpur mengatakan bahawa penyakit 30 peratus datangnya daripada genetik atau keturunan dan 70 peratus adalah daripada gaya hidup seseorang. Ini menunjukkan yang kita tidak boleh hanya menyalahkan keturunan bila penyakit datang, kerana kita sendiri yang mungkin tidak menjaga pemakanan dan gaya hidup kita seperti bersenam, tidak merokok dan lain-lain lagi.

Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.

2) Diet atau Gaya Pemakanan Seharian

Adalah sangat penting untuk kita mengamalkan cara hidup sihat bagi mengelak dan mengawal penyakit ini.

Menurut Dr. Anya Tay, penyakit gout digelar disease of kings. Sebab apa? Raja-raja zaman dahulu makan sedap-sedap, boleh makan apa sahaja yang mereka mahu. Orang kebanyakan tidak dapat makan makanan yang dimakan raja.

Tetapi kini tidak lagi. Kebanyakan daripada middle income group sudah boleh makan sedap-sedap tanpa mengira waktu. Kejap makan shell out, kejap makan daging, semua pun boleh makan. Jadi orang kebanyakan sudah terdedah dengan penyakit gout dan gout bukan lagi penyakit orang kaya.

Master Laila Mukhtar pernah bercerita seorang pelanggannya yang menghidap gout. Beliau adalah seorang nelayan yang seringkali makan makanan laut dan tidak ada had dalam memakannya.

Gout boleh menyerang sesiapa sahaja.

Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan penyakit gout.

3) Berat Badan Berlebihan

Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau BMI melebihi 24.9 adalah lebih tinggi risiko untuk mendapat penyakit gout.

Obesiti juga akan mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit selain daripada gout.

4) Pertambahan Umur

Semakin bertambah umur kita, semakin terdedah kita kepada pelbagai penyakit, lebih-lebih lagi jika tidak menjalani gaya hidup yang sihat ketika muda.

5) Jantina

Penyakit gout sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.

Mengapa penyakit gout kerap dikaitkan dengan golongan lelaki?

Salah satunya adalah kerana lelaki kurang jaga makan jika nak dibandingkan dengan kaum hawa. Kita orang perempuan lebih memilih bab makanan, mungkin faktor nak jaga badan, kulit dan sebagainya. Orang lelaki kebanyakan bedal sahaja asalkan sedap dan buat perut kenyang.

Penyakit gout jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

6) Pengambilan Alkohol

Pengambilan alkohol memang dikenali kaitannya dengan pelbagai penyakit. Tidak hairan bila larangan mengambilnya datang dari Tuhan. Tentu banyak kebaikannya.

Kepada muslim mungkin tidak terlalu risau. Kepada yang belum muslim, mulakanlah langkah-langkah untuk berhenti tabiat mengambil alkohol.

7) Kerap Ambil Makanan Tinggi Purin

Pengambilan makanan tinggi purin yang kerap boleh menyumbang kepada risiko gout.

Antara makanan tinggi purin adalah ikan bilis, organ dalaman seperi paru-paru, ginjal dan otak, makanan laut yang bercangkerang, sardin, ikan kembung, cendawan, dan asparagus.

 

Cara Elak Risiko Gout

1) Kekalkan Berat Badan Ideal

Pastikan berat anda tidak turun secara mendadak jika anda dalam proses menurunkan berat badan. Sebaiknya dalam 0.5 hingga 1 kg sebulan. Buat senaman berkala dan jaga pemakanan seharian.

Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal. Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout.

Kepada pesakit gout, apabila mengambil allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan. Jangan mengubah atau menghentikan dos allopurinol semasa serangan gout.

Kita juga disarakan untuk minum banyak air, 1 liter bagi setiap 25 kg berat kita.

2) Katakan “Tidak” Pada Alkohol

3) Kurangkan Makanan Tinggi Purin

ELAKKAN MAKAN KURANGKAN MAKAN
  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, lentil, beans and peas
  • Poultry
  • Roti jagung dan bijirin

Sumber MyHealth

4) Kurangkan Pengambilan Makanan Manis

Manis daripada gula akan menyebabkan keradangan yang kurang baik untuk kesihatan. Keradangan ada dua jenis. Keradangan yang baik adalah tindakbalas badan kepada kecederaan. Ia seakan melindungi anda. Tetapi ada jenis keradangan yang tidak baik yang boleh memberi kesan buruk kepada tubuh badan.

BACA >> Mengapa Shaklee Collagen Adalah Kolagen Terbaik


Bila sebut pasal gout ni, saya teringat satu perkongsian oleh seorang pengedar waktu seminar di Melaka.

Ayahnya menghidap gout dan kondisinya menghalang daripada terus buat kerja-kerja kampung.

Setelah mengambil Vivix, ayahnya dah boleh kembali buat kerja-kerja kampung sampai tak boleh duduk diam.

Vivix ini ikhtiar mereka, dan alhamdulillah ia berkesan untuk mereka. Hasilnya mungkin berbeza mengikut individu.

Vivix tidak merawat dan mencegah penyakit, ia boleh diambil untuk improve masalah kesihatan.

Apa-apa pun, pesakit gout, always seek for your doctor’s advice first.

Terima kasih kerana membaca!

 

ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge