Khasiat dan Kelebihan ESP Shaklee

khasiat dan kelebihan esp shaklee

Assalamualaikum. InsyaAllah hari ni saya akan kongsikan tentang khasiat dan kelebihan ESP Shaklee.

ESP adalah produk kedua paling ‘hot’ dalam berpuluh produk Shaklee di Malaysia. Terlalu banyak khasiat dan testimoni power daripada pengguna Shaklee yang ingin saya senaraikan. Daripada ibu mengandung, ibu berpantang, ibu menyusu, yang nak kulit cantik, yang nak untuk tenaga pun ramaii sebab orang Malaysia kan busy belaka.

See? Ramai yang nak ESP sebab ESP ni ada macam-macam kebaikan untuk pelbagai golongan.

Jika anda tahu khasiat dan kelebihan ESP, anda tentu takkan lepaskan peluang memilikinya.

Saya nak mulakan dengan sejarah ESP dahulu.

 

Sejarah ESP

Cuba anda sebut satu produk kesihatan dengan ujian klinikal yang masih bertahan lebih 50 tahun?

Ya, ESP sudah pun berumur 50-an!

Tahu tak ESP ni dicipta dari tahun 1961?
Produk yang tak berkualiti takkan dapat bertahan dalam pasaran selama itu.

 

Kerana banyaknya khasiat dan kelebihan ESP Shaklee, ia telah menjadi kewajipan bagi keluaga Haji Roslan selama berpuluh tahun.

 

Apa Sebenarnya ESP

ESP Shaklee adalah sejenis minuman protein yang digilai ramai wanita! Sebab apa? Sebab ianya sumber protein daripada soya NON-GMO yang tinggi dengan semua asid amino yang diperlukan badan.

Asid amino ni apa pulak ya?

Berpandukan blog Vitamin Cerdik, asid amino adalah sebatian organik yang bergabung untuk membentuk protein dan diperlukan untuk membina sel. Bila protein dicerna atau dipecahkan, asid amino lah yang tinggal. Tubuh manusia menggunakan asid amino untuk membantu badan:-

  1. Memecahkan makanan
  2. Pertumbuhan
  3. Memperbaiki tisu badan
  4. Melaksanakan banyak fungsi badan yang lain

Ada tiga kumpulan asid amino, terdiri daripada:-

  1. Asid amino perlu (essential)
  2. Asid amino yang tidak penting (non essential)
  3. Asid amino bersyarat

ESP mempunyai 9 amino asid perlu yang penting untuk tubuh badan manusia!

Satu hidangan ESP lengkap dengan 14 gram protein.

Kalau nak banding dengan protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP lebih rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol.

Protein ESP Shaklee ni dihasilkan bawah program yang digelar Identity Preservation Program (IPP). Di bawah program ni, kacang soya yang Shaklee gunakan dipantau dan dijaga dengan teliti dari mula proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

 

 

Khasiat dan Kelebihan ESP

Secara ringkasnya, ESP membantu:-

  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Membantu mengurangkan kolesterol
  • Mengandungi 5 vitamin B penting dan separuh daripada keperluan kalsium harian
  • Mengandungi soya isoflavones yang mengikut kajian dapat mengawal kestabilan hormon semasa tempoh haid

Tapi kalau nak cerita secara spesifik apa yang ESP sudah buat pada penggunanya, meh saya senaraikan.

  • Jerawat pudar
  • Tenaga ibu menyusu yang maintain
  • Kulit putih bersih
  • Gastrik hilang
  • Kuku cantik
  • Rambut sihat
  • Banyakkan susu
  • Parut pudar
  • Tona kulit sekata
  • Kenyang lebih lama
  • Berat badan dapat diturunkan

 

Tak percaya? Jom baca testimoni di bawah!

 

Testimoni ESP

khasiat dan kelebihan esp

 

 

Nak tahu rahsia saya ganti puasa selama 30 hari kerana berpantang? Klik sini –> GANTI PUASA DENGAN ESP


Hubungi saya untuk dapatkan ESP hari ini!

Salam sayang!

ATIQAH HASSAN
PEMILIK SURI MOBILE SPA

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU

013 6820482

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge