Kenali Produk YOUTH oleh Shaklee

produk youth

Selamat Datang YOUTH

Apakah itu produk YOUTH?

Ramai tidak tahu yang selain makanan tambahan atau suplemen, Shaklee juga ada keluarkan produk penjagaan kulit. Dan sudah tentu, seperti suplemen mereka, Shaklee tiada kompromi tentang kualiti dan keselamatan produk penjagaan kulit mereka.

Sebelum ini di Malaysia, Shaklee memasarkan dua jenis produk iaitu Nutriwhite dan Enfuselle. Kedua-dua produk ini telah berjaya menambat hati pengguna di Malaysia, khususnya wanita. Eh, suami saya pun pakai tau. Istimewanya, adik-beradik ipar menegur perubahan kulit mukanya yang tampak lebih bersih dan sihat.

Walaubagaimanapun, Nutriwhite dan Enfuselle telah pun dihentikan produksinya tahun 2017 untuk memberi laluan kepada produk penjagaan kulit baru oleh Shaklee. Lebih inovatif, lebih jawdropping, lebih terbukti ujiannya ke atas pengguna. Ianya dinamakan rangkaian produk YOUTH.

 

Faktor Penuaan Kulit

Sebelum itu, mari saya cerita secara ringkas tentang faktor penuaan kulit.

Ada 2 faktor penuaan kulit :

  • Faktor Luaran
  • Faktor Dalaman

 

Faktor Luaran

  • cahaya matahari
  • diet (banyak makan fast food, junk food, lemak, gula tinggi)
  • gaya hidup (selalu stress, tak cukup tidur)

 

Faktor Dalaman

  • proses penghasilan sel semakin perlahan (faktor biologi, umur)
  • kekurangan kolagen dan elastin (sejenis protein yang memberi keanjalan pada kulit)
  • flattening DEJ (Dermal Epidermal Junction) – sejenis tisu di lapisan epidermis & dermis

 

Shaklee memperkenalkan YOUTH untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit ini.

Jom kita kenali YOUTH !

 

Tentang Produk YOUTH

 

Rangkaian produk YOUTH direka untuk menambah baik kesihatan kulit secara dramatik, memperbaharui sel-sel kulit, dan dijamin oleh Shaklee bahawa ianya mampu mengubah usia kulit menjadi lebih muda.

Wah, bunyinya wow sangat. Boleh percaya ke?

Lepas ni kita tengok testimoni pengguna ya!

Rangkaian produk penjagaan kulit YOUTH terdiri daripada:

  • Luminous Gel Oil Cleanser
  • Perfecting Skin Toner
  • Youth Activating Serum
  • Day Cream @ Age Defense Moisturizer with Spf 50
  • Advanced Renewal Night Cream
  • Radiance C + E inside the golden capsule

Keputusan Klinikal Tanpa Kompromi

Shaklee telah dapat membuktikan bahawa anda tidak perlu mengorbankan keselamatan untuk keberkesanan. Terlalu banyak bahan dalam produk penjagaan kulit serata dunia yang dikelaskan sebagai berbahaya dan juga boleh dipersoalkan keselamatannya pada kulit dan kesihatan.

Produk YOUTH adalah:

  • 100% vegan (tidak diuji ke atas haiwan)
  • Diuji oleh ahli dermatologi (cabang perubatan tentang kulit, rambut dan kuku)
  • Diuji oleh ahli oftalmologi (cabang perubatan tentang anatomi, fisiologi dan penyakit-penyakit mata)
  • Hipoalergenik (sangat kurang peratusan untuk menyebabkan reaksi alergi)
  • Non-Comegodenic (tidak menyumbatkan liang pori)

 

Jika di Malaysia, produk YOUTH dikatakan bebas dari 1,500 bahan kimia berbahaya dan bahan-bahan yang boleh dipersoalkan. Boleh rujuk senarainya di sini —> YOUTH “FREE-FROM” LIST

 

Nak tahu kenapa poster di US letak 2,500? Hubungi saya untuk dapatkan penjelasan. Ia akan buatkan anda sedar akan realiti lambakan produk kulit di Malaysia.

 

Produk YOUTH dihasilkan secara klinikal oleh pakar kulit bertaraf dunia dan Shaklee juga telah menggunakan Skin Age Index atau Indeks Usia Kulit untuk mengukur tanda-tanda penuaan kulit dengan data klinikal yang berasaskan fakta. Indeks Usia Kulit mengukur dari segi:

  • Kedutan Kulit
  • Tekstur Kulit
  • Saiz Pori
  • Hiperpigmentasi
  • Tona Kulit
  • Seri Kulit
  • Keanjalan
  • Kekenduran

 

Kalau anda nak tahu, kebanyakan syarikat pengeluar produk kecantikan hanya bersandarkan kepada testimoni semata-mata untuk menyatakan tentang keberkesanan produk mereka. Tetapi tidak pada Shaklee.

Skin Agen Index yang Shaklee adakan ini bukan berdasarkan testimoni pengguna. Dan ia juga tidak seperti Skin Analysis yang kita biasa buat dengan mesin tu. Ia melibatkan pengiraan matematik dan dilakukan oleh pakar dermatologi.

Kajian klinikal Shaklee melibatkan data lebih daripada 100 orang wanita Kaukasia dan Asia. 20 wanita telah diuji daripada setiap kumpulan, iaitu mereka daripada golongan yang berumur:

20-an
30-an
40-an
50-an
60-an

Dan apa keputusan daripada ujian ini?

 

Hasi Ujian Ke Atas Pengguna

Hasil dari ujian, 100% wanita telah dibuktikan secara klinikal memiliki kulit yang kelihatan lebih muda.

2/3 daripada wanita-wanita ini telah mengubah usia kulit mereka sedekad lebih muda (berdasarkan Skin Age Index).

Jom kita lihat gambar sebelum dan selepas para pengguna YOUTH. Perubahan yang sangat menakjubkan.

 

Kedutan di dahi dan bawah mata jelas berkurangan

 

Pigmentasi dan jeragat tampak berkurangan di bahagan dahi dan pipi

 

 

 

Pilihan Set YOUTH

Terdapat 3 jenis set yang dicadangkan oleh Shaklee.

Set Permulaan/Starter Set

  • sesuai untuk mereka yang tiada masalah kulit
  • menyingkirkan sel kulit mati, menghidrat, melindungi dan menyuburkan kulit anda untuk mengekalkan keremajaan
  • terdiri daripada Cleanser, Toner, Age Defense Moisturizer, dan Night Cream

Set Memperbaharu & Mengekalkan/Renew & Maintain Set

  • membantu mencegah dan merawat semula tanda-tanda penuaan, meningkatkan seri dan menjadikan kulit anda tampak lebih muda
  • terdiri daripada Cleanser, Toner, Serum, Age Defense Moisturizer, Night Cream, dan Radiance C + E (2-3 kali seminggu)

Set Rawatan Intensif & Pemulihan/Intensive Treatment & Repair Set

  • membantu menangani tanda-tanda penuaan, mengurangkan kedutan, bintik-bintik hitam penuaan serta pigmentasi, memperbaiki kerosakan disebabkan oleh matahari, meningkatkan kecerahan dan seri wajah
  • terdiri daripada Cleanser, Toner, Serum, Age Defense Moisturizer, Night Cream, dan Radiance C + E (2-3 kali seminggu atau setiap malam mengikut keperluan)

 

Bahan Botanikal di Dalam YOUTH

Asas kepada kulit yang cantik adalah pembaharuan sel. Waktu kita muda, kulit kita melakukan proses ini dengan mudah. Tapi bila umur semakin meningkat, proses ini menjadi perlahan dan kurang menghasilkan kolagen serta elastin.

Shaklee membantu para pengguna menangani penuaan kulit melalui YOUTH, bukan sahaja pada permulaan kulit malah pada peringkat sel kulit. YOUTH boleh membantu menjana sel menghasilkan lebih kolagen dan elastin, membantu kulit anda tampak lebih muda dan sihat.

Bagaimana Shaklee melakukannya? Apa yang ada di dalam YOUTH?

Muscadine Grape

Polifenol di dalam anggur muscadine ini melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Lotus Japonicus

Lotus Japonicus mengaktifkan protein YOUTH yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin.

Apple Stem Cell Extract

Beberapa kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Exract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut dengan lebih lama.

Schisandra Chinensis Fruit Extract

Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, ia menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan anti oksida.

Vital Repair+ Complex

Vital Repair+ Complex yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

 

Dapatkan YOUTH Bermula Mac 2018

YOUTH akan dibuka untuk jualan kepada semua wanita di Malaysia bermula Mac 2018 ini. Jika anda mahu jadi sebahagian daripada pengguna YOUTH dan merasai perubahan pada kulit wajah, boleh saja booking terlebih dahulu pada bulan ini. Bulan depan, terus dapat di tangan 🙂

Untuk mengurangkan kegelisahan menunggu YOUTH, saya kongsikan tentang promosi Februari ini oleh Shaklee Malaysia: Collagen Powder & Vitamin C ! Hah nak cantik luar dengan skincare, pastikan juga nutrisi cukup hat dalam tu. Nanti terpancar ke muka gituu.

Promosi Februari

Dapatkan set “BE YOUTHFUL” pada diskaun 10%.

Apa yang ada dalam set “BE YOUTHFUL”?

4 kotak Collagen Powder

1 botol Sustained Release Vita C Plus

Jimat lebih RM500 bagi yang belum ahli !

 

 

Boleh dapatkan juga maklumat lanjut tentang Collagen Powder di sini –> KLIK SINI

Sekian sahaja daripada saya hari ini.

Salam Jumaat. Selamat ber-Kahfi dan berselawat 🙂

 

ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

4 thoughts on “Kenali Produk YOUTH oleh Shaklee”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge