Kebaikan Minyak Ikan Omega 3 Untuk Ibu Mengandung

Pemakanan Ibu Mengandung

Ibu mengandung perlu mengambil berat tentang pemakanan. Pemakanan yang betul ketika mengandung akan memberikan kesan kepada ibu dan bayi di dalam kandungan. Kesan ini akan berpanjangan walaupun setelah bayi dilahirkan ke dunia.

Saintis sentiasa melakukan banyak kajian tentang pemakanan yang tepat dan sihat semasa kehamilan. Antara penemuan terbaru dalam bidang ini adalah pentingnya asid lemak Omega 3 dalam kedua-dua perkembangan bayi yang sihat dan kesihatan ibu.

Kita kerap kali dengar tentang kepentingan minyak ikan kepada ibu mengandung.

Kenapa? Pentingkah? Tak boleh ke kalau tak ambil?

Jom baca. Kita perkenalkan Omega 3 secara umum, kelebihannya secara umum, lepas tu baru kita masuk kepada kebaikan minyak ikan Omega 3 untuk ibu mengandung.

Apa Itu Minyak Ikan Omega 3?

Maternal-omega-3-reduces-eczema-risk-in-children-Study_strict_xxl

 

Omega 3 adalah kumpulan rantaian asid lemak tidak tepu yang merupakan nutrisi penting untuk kesihatan. Malangnya, Omega 3 tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Oleh itu, ia mesti diperolehi daripada diet atau suplemen.

Kajian menunjukkan bahawa dua jenis Omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic). Walaupun EPA dan DHA secara semulajadi wujud bersama-sama dan bekerja bersama-sama di dalam tubuh badan manusia, kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik.

EPA menyokong jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan.

DHA menyokong otak, mata, dan sistem saraf pusat, sebab itulaj ia penting untuk ibu mengandung dan menyusu.

Mengapa Omega 3 Penting?

Pengambilan lemak Omega 3 yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran seimbang bahan-bahan seperti hormon yang dipanggil prostaglandin.

Apakah pula prostaglandin ni?

Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk

  • tekanan darah
  • pembekuan darah
  • perjalanan sistem saraf
  • tindak balas keradangan dan alergi
  • fungsi buah pinggang dan saluran gastrointestinal
  • pengeluaran hormon lain

Bergantung pada jenis asid lemak dalam diet, beberapa jenis prostaglandin boleh dihasilkan dalam kuantiti yang banyak, sementara yang lain tidak dapat dihasilkan sama sekali. Ketidakseimbangan prostaglandin boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Peranan Omega 3 dalam menghasilkan prostaglandin terbukti mempunyai banyak manfaat kesihatan, termasuk pencegahan penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan anti radang.

Dos Omega 3 yang tinggi telah digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan mood. Omega 3 juga menambah bekalan pelincir sendi, menguatkan memori, memelihara fungsi otak dan mata, membuatkan kulit kelihatan cantik dan banyak lagi.

Kebaikan Minyak Ikan Omega 3 Untuk Ibu Mengandung

Pregnant women lined up in a row

 

Mengikut laman web American Pregnancy, Omega 3 terbukti penting untuk kedua-dua

  • perkembangan neurologi
  • perkembangan visual awal bayi

Walau bagaimanapun, gaya pemakanan wanita masa kini sangat kurang dengan nutrien penting ini. Oleh kerana janin menggunakan Omega 3 yang masuk ke dalam ibu untuk pembangunan sistem sarafnya, ibu mengandung perlu mendapatkan bekalan Omega 3 yang mencukupi.

Asid lemak Omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan itu sendiri. Terdapat banyak kebaikan minyak ikan Omega 3 untuk ibu mengandung. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA dapat

  • mencegah kelahiran pra-matang
  • mengurangkan risiko preeklampsia
  • meningkatkan berat badan bayi ketika lahir
  • mengurangkan risiko alahan pada bayi

Omega 3 juga digunakan selepas bayi lahir melalui susu ibu. Penyelidikan telah mengesahkan bahawa menambah EPA dan DHA kepada pemakanan wanita hamil mempunyai kesan positif terhadap perkembangan visual dan kognitif bayi.

Kekurangan Omega-3 juga meningkatkan risiko ibu untuk kemurungan. Jadi ibu perlu dapatkan nutrien Omega 3 untuk mengurangkan risiko postpartum depression.

Menurut kajian PubMed.gov, anak-anak kepada wanita yang makan lebih dari 2 hidangan ikan setiap minggu lebih menyerlah dalam ujian bahasa, visual dan skil motor pada usia 3 tahun berbanding dengan anak-anak yang ibunya makan kurang dari jumlah ini.

“Children born to mothers eating more than 2 weekly servings of fish performed better on language and visual and motor tests at 3 years of age compared with children born to mothers who ate less than this amount..”

Makanan Yang Mengandungi Minyak Ikan Omega 3

Sumber terbaik EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis, dan ikan hering. Namun hati-hati ya, kita wajar mengambil berat tentang merkuri dan toksin lain dalam ikan, terutamanya semasa kehamilan. Atas sebab inilah suplemen minyak ikan yang melalui proses penyulingan merupakan sumber selamat EPA dan DHA.

Ramai orang ingat bahawa minyak flaxseed atau flaxseed sendiri mengandungi Omega 3. Tetapi flaxseed mengandungi rantai pendek Omega 3 yang bernama ALA (alpha-linolenic acid) yang berbeza daripada EPA dan DHA. EPA dan DHA adalah Omega 3 yang diperlukan oleh tubuh sang ibu untuk kesihatan optimum.

Walaupun sebelum ini dipercayai bahawa tubuh manusia boleh menukar ALA ke EPA dan DHA, kajian semasa menunjukkan bahawa penukaran itu jarang berlaku. Minyak ikan adalah sumber EPA dan DHA yang lebih dipercayai.

Memilih Minyak Ikan Yang Selamat

Minyak ikan yang berkualiti tinggi adalah pilihan yang tepat dan selamat untuk ibu mengandung. Ikan segar boleh mengandungi toksin seperti merkuri yang terkumpul semasa jangka hayatnya. Racun-racun ini boleh dihapuskan semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan mentah yang berkualiti tinggi dan proses penapisan yang canggih.

Sesetengah jenama minyak ikan adalah lebih bagus daripada yang lain. Tidak semua minyak ikan bagus kualitinya. Pengeluar minyak ikan yang bereputasi sepatutnya dapat menyediakan dokumentasi hasil makmal pihak ketiga yang menunjukkan tahap kualiti minyak ikan mereka.

 

Cadangan Pemilihan Minyak Ikan

1) Menyiasat proses pembuatan

Bagaimana minyak ikan sesebuah jenama dihasilkan? Apakah piawaian kualiti yang pengeluar gunakan? Piawaian kualiti yang ada untuk minyak ikan termasuk Norwegian Medicinal Standard, European Pharmacopoeia Standard dan badan sukarela U.S. diwujudkan oleh Council for Responsible Nutrition’s 2006.

2) Bau

Adakah minyak ikan anda berbau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan anda hanya akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan apabila kualitinya semakin berkurang. Ingat ya, minyak ikan berkualiti tinggi tidak akan  mengeluarkan bau.

3) Rasa

Adakah rasa minyak ikan anda juga hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi tidak akan rasa tidak enak. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa yang benar-benar kuat. Juga berhati-hati dengan minyak ikan yang langsung tiada bau ikan, dikhuatiri telah ditambah artificial flavor yang menyembunyikan bau tengik minyak ikan.

Cadangan Dos

ISSFAL (Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Asid Lemak dan Lipid) telah menetapkan carta minimum dos yang disyorkan berikut:

 

  • Bayi (1-18 bulan): 32 mg EPA + DHA
  • Kanak-kanak & Remaja (1.5-15 tahun): 15 mg EPA + DHA
  • Dewasa (15-115 tahun): 500 mg EPA + DHA (minimum 220 mg EPA dan 220 mg DHA)
  • Wanita hamil dan menyusu650 mg EPA + DHA setiap hari (minimum 300 mg DHA)

Alhamdulillah saya dah cerita panjang lebar tentang kebaikan minyak ikan Omega 3 untuk ibu mengandung.

Kini izinkan saya bercerita tentang minyak ikan Omega 3 yang terbaik di dunia, iaitu Omega Guard.

1500977577_Issue_2_6_reasons_to_choose_Omegaguard_from_KKLIU-page-002

 

Kenapa anda perlu pilih Omega Guard?

  1. Omega Guard melalui Penyulingan Molekul Tiga peringkat untuk ketulenan dan kepekatan. Proses proprietari ini memekatkan Omega 3 dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa, plumbum, arsenik, kadmium, dioxins dan lain-lain bahan cemar.
  2. Omega Guard adalah minyak ikan bergred Farmaseutikal.
  3. Omega Guard mempunyai kepekatan EPA & DHA yang tinggi berbanding jenama lain –  satu sajian memberikan 990mg asid lemak Omega 3 (546mg EPA, 360mg DHA)
  4. Omega Guard mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak Omega 3 tulen yang terhasil secara semulajadi seperti EPA, DHA & banyak lagi.
  5. Omega Guard mempunyai bau dan rasa kesan hanyir yang minimum.
  6. Omega Guard diiktiraf oleh Friend of the Sea® untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tanpa menjejaskan alam sekitar.

 

Saya juga mengamalkan Omega Guard. Walaupun tidak bermula seawal kehamilan, saya bersyukur telah mendapat kesedaran selepas berpantang. Anak saya masih boleh mendapat manfaat Omega 3 melalui susu badan.

Omega Guard adalah pilihan yang tepat buat ibu mengandung dan bayi di dalam kandungan. Ayuh ibu, berikanlah yang terbaik buat si manja.

Create a superman from within you.

10515172_718382514864541_7904617943623925079_o

Ibu boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Saya sedia membantu 😀

 

ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

4 thoughts on “Kebaikan Minyak Ikan Omega 3 Untuk Ibu Mengandung”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge