Vitamin C : Keistimewaan Dan Impaknya

Keistimewaan Vitamin C

Impak dan Keistimewaan Vitamin C

Artikel “Impak dan Keistimewaan Vitamin C” ini saya ambil daripada akhbar Sinar Harian bertarikh 15 Julai 2017. Jom kita baca dan semak.


Sejak dahulu lagi, buah-buahan sememangnya diakui sebagai sumber utama diet yang seimbang. Jika diambil dalam jumlah yang betul, anda tidak perlu lagi bimbang tentang pengambilan vitamin harian anda. (benarkah? saya ulas di bahagian akhir posting ini)

Buah-buahan mengandungi pelbagai jenis vitamin dan anti oksidan semulajadi yang bermanfaat untuk kesihatan. Anti oksidan semulajadi yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran akan membantu tubuh badan anda berfungsi dengan baik. Diet yang mengikuti pengambilan harian buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan adalah salah satu cara terbaik untuk melindungi tubuh anda daripada diserangi penyakit.

Jom kita lihat apakah keistimewaan vitamin C.

Daripada banyak vitamin yang sedia ada, vitamin C adalah penting untuk

  • melindungi sistem imunisasi
  • mengurangkan tindak balas alahan yang teruk
  • membantu melawan jangkitan
  • membantu pembentukan tulang
  • menyembuhkan luka
  • mengekalkan kesihatan gusi
  • menentang kesan radikal bebas
  • menggalakkan penghasilan kolagen

Anti oksidan menyempurnakan lagi kebaikan dan keistimewaan vitamin C dengan menghalang kesan negatif radikal bebas yang sering dikaitkan dengan pembentukan kanser. Walaupun badan manusia memang menghasilkan anti oksidan, namun (dengan pelbagai faktor pencemaran di zaman ini) jumlahnya tidak mencukupi untuk melawan kesan negatif radikal bebas dengan sendiri.

Kita sebenarnya sangat bergantung kepada sumber-sumber lain untuk meningkatkan imunisasi tubuh badan. Ianya biasa terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan semulajadi lain yang dianggap sebagai sumber asas untuk anti oksidan yang secukupnya.

” Kita memerlukan sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan dan tiga hidangan sayur-sayuran sehari. “

 

Penurunan Tabiat Pemakanan

Menurut Garis Panduan Pemakanan Malaysia 2010 (Malaysia Dietary Guidelines 2010) yang diterbitkan Kementerian Kesihatan Malaysia, kita memerlukan sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan dan tiga hidangan sayur-sayuran sehari. Banyak kajian menunjukkan bahawa hanya 6% rakyat Malaysia mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi, berbanding dengan 7.5% pada tahun lepas.

Salah satu sebabnya adalah kerana gaya hidup yang sibuk yang dimiliki oleh majoriti rakyat Malaysia. Justeru itu, mereka melihat pengambilan makanan yang seimbang dengan hidangan buah-buahan yang sepatutnya (sebagai membebankan) dan tidak diutamakan.

Oren membantu menyokong fungsi imunisasi, kesihatan kardiovaskular, meningkatkan tahap penglihatan, melindungi sel dan membantu mengekalkan penghidratan kulit.

 

Lobak ungu bertindak sebagai ejen anti keradangan.

 

Ubi keledek ungu juga tidak ketinggalan antara vitamin C yang mampu menguatkan ingatan.

 

Kebanyakan orang pada hari ini inginkan hidangan yang pantas dan tidak menyusahkan untuk kemudahan sendiri di mana sahaja. Cara paling mudah untuk mengambil vitamin C yang sarat dengan anti oksidan adalah menerusi segelas jus buah-buahan yang penuh khasiat. (jom ikuti ulasan di bahagian bawah)

 

Tentang Jus Buah-buahan

Jus buah-buahan adalah salah satu sumber bantuan untuk mendapat jumlah vitamin yang secukupnya dan ia boleh dipecahkan kepada molekul-molekul yang lebih kecil agar mudah diserap oleh tubuh badan.

Di sini kami kongsikan beberapa cadangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang padat dengan zat-zat yang berkhasiat untuk memulakan hari anda:

OREN

  • Bertindak seperti span dan merangsang peristalsis usus dan mengeluarkan toksin-toksin yang boleh mengakibatkan penyakit
  • Membantu menyokong fungsi imunisasi, kesihatan kardiovaskular, meningkatkan tahap penglihatan, melindungi sel dan membantu mengekalkan penghidratan kulit.
  • Vitamin C di dalam oren merupakan anti oksidan utama yang larut di dalam badan, melawan radikal bebas dan menghalang kerosakan pada bahagian dalam serta luar sel.

SAYUR-SAYURAN BERWARNA UNGU

  • Sayur-sayuran berwarna ungu seperti ubi bit, lobak ungu dan ubi keledek ungu padat dengan vitamin C dan anti oksidan.
  • Pigmen berwarna biru dan ungu yang ada dalam sayur-sayuran berwarna ungu ini membantu menguatkan ingatan, meningkatkan tahap penglihatan, bertindak sebagai ejen anti keradangan, dan juga membantu mengawal berat badan.

BUAH BERI

  • Buah-buahan beri seperti beri acai, mulberi, rasberi dan kranberi menyokong kesihatan jantung, otak serta tulang.
  • Walaupun buah-buahan beri ini bersaiz kecil, tetapi ia mengandungi manfaat nutrisi yang besar disebabkan oleh tahap anti oksidannya yang tinggi.
  • Sumber serat dan vitamin C yang bagus untuk membantu meningkatkan tahap tenaga serta memperkuatkan sistem imunisasi.

 


Okey, sekarang kita bincang.

Bolehkah ambil 5 hidangan buah dan sayur setiap hari?

Di dalam laporan di atas pun ada menyebut, hanya 6% rakyat Malaysia yang mendapatkan hidangan buah dan sayur yang mencukupi. Bagaimanakah dengan 94% yang lain? Tidak sah lagi mereka ini tidak mendapat nutrisi vitamin C yang mencukupi.

Adakah buah dan sayur kini 100% selamat?

Okey, katakan atau bayangkan 100% rakyat Malaysia memang ambil dua hidangan buah-buahan dan tiga hidangan sayur-sayuran sehari. Adakah buah dan sayur kini memang 100% selamat?

Kebanyakan makanan masa kini memang susah nak jumpa yang 100% selamat.

Buah dan sayur yang kita jumpa di pasaraya ada yang diselaputi wax, tidak kurang juga dengan isu pesticide.

Walau bagaimanapun, buah dan sayur masih penting untuk kita ambil bagi memastikan kandungan serat dan cecair yang mencukupi dalam badan. Kita hanya perlu tahu cara untuk melawan semula peratus kecil benda berbahaya yang masuk ke dalam badan kita melalui buah dan sayur ini.

Bagaimana? Saya kongsikan di bawah nanti.

Benarkah cara paling mudah untuk ambil vitamin C adalah menerusi segelas jus?

Ini juga kurang tepat, kerana kesannya tidak sama. Kemungkinan besar seratnya sudah berkurang; makan buah dan sayur in it’s original form adalah lebih baik.

 


 

Semua sibuk dan tiada masa. Adakala kita makan 1 hidangan buah, 2 hidangan sayur sehari. Adakala lebih, adakala kurang. What option do we have?

Pilihan yang baik adalah telan suplemen semulajadi yang menjalani ujian klinikal dan ada landmark study. Jimat masa dan terbukti meningkatkan taraf kesihatan penggunanya.

Kelebihan Sustained Released Vita C Plus

  • Pelepasan 100 mg vitamin C secara berperingkat selama 5 jam
  • 1 tablet mengandungi 500 mg vitamin C, bersamaan dengan 7 1/2 biji oren
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna, atau bahan pengawet tambahan
  • Mempunyai bioflavonoid yang membantu penyerapan vitamin C dan memelihara vitamin C daripada teroksida
  • Sebotol tahan 6 bulan; anda belanja kurang 60 sen sehari untuk sumber vitamin C yang mencukupi!

Golongan Yang Sangat Perlu Kepada SR Vita C Plus Shaklee

  • Ibu selepas bersalin – untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin
  • Ibu hamil HB rendah – membantu penyerapan zat besi
  • Golongan yang bermasalah kulit – jerawat dan sebagainya
  • Golongan yang pentingkan kecantikan wajah
  • Golongan yang kerap selsema – ambil dengan Alfalfa Complex, insya-Allah simtom berkurangan
  • Golongan warga emas – untuk gusi, gigi, dan tulang
  • Golongan yang mahu kesihatan optimum – kita semua lah!

NAK TAHU APA LAGI YANG DIPERLUKAN IBU BERPANTANG SELAIN VITAMIN C? KLIK SINI.

 

Cara Buat Pembelian

  1. Klik tab “SHOPPING” di bahagian atas dan klik nombor 17. Senarai Barang Shaklee. Anda akan terus dibawa ke laman web Shaklee Malaysia dan boleh memesan produk yang diingini.
  2. Telefon, whatsapp atau sms saya di talian nombor 013 682 0482. Saya akan respon secepat mungkin.

Jom baca tentang Shaklee Differences di sini >>> Laman Web Shaklee Malaysia

 

ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge