Ibu, Bacakanlah Anakmu Buku!

Ibu Sekolah Pertama Anak

Ibu merupakan sekolah pertama anak. Anak membesar di dalam rahim ibu selama lebih 9 bulan dan mendapat ‘pendidikan’ secara tidak langsung dari dalam rahim. Apa yang ibu dengar, apa yang ibu fikir, apa yang ibu kata, apa yang ibu buat, apa yang ibu makan; semua ini akan memberi kesan kepada anak. Ada juga ulamak yang menyebut bahawa pendidikan anak itu bermula sejak pemilihan calon isteri oleh seorang lelaki. Betapa besarnya peranan seorang ibu dalam pendidikan anak.

Banyak yang ibu boleh lakukan dalam mendidik anak. Tetapi hari ini saya nak fokus kepada buku.

Bukan, saya bukan mahu ibu ayah ajar anak membaca seawal usia. Yang ibu ayah perlu lakukan adalah bacakan anak buku.

Ya, bacakan anak buku!

Baca Kuat atau Read Aloud

Saya nak berkongsi satu fakta yang mungkin ramai tidak tahu.

Anda boleh bacakan buku cerita kepada bayi anda seawal selepas kelahirannya!

 

Ramai orang tersalah tanggapan bila seorang ibu membelikan untuk bayinya banyak buku cerita. Mereka kata,

“Mana dia boleh membaca lagi.”

“Kecil-kecil dah kena baca buku.”

Oh bukan macam tu sebenarnya. Buku-buku itu digunakan ibunya untuk dibacakan kepada anaknya.

Apa Itu Read Aloud?

Read Aloud adalah pembacaan buku dengan suara kuat oleh seorang dewasa kepada kanak-kanak. Ia termasuklah dengan nada suara mengikut situasi, mimik muka yang kreatif dan gerak badan yang membantu anak memahami jalan cerita daripada buku yang dibaca. Manfaat membaca dengan kuat ini terlalu banyak kepada otak kanak-kanak.

Membaca dengan kuat adalah salah satu perkara yang paling penting ibu bapa dapat lakukan dengan anak-anak. Ia membina banyak kemahiran asas, seperti memperkenalkan perbendaharaan kata atau vocab, menjadi contoh sebutan yang fasih, ekspresif, dan membantu anak merasai keseronokan membaca.

Apa Kata Pakar

Dr. John S. Hutton merupakan seorang pakar pediatrik, seorang penyelidik, seorang penulis, pemilik kedai buku kanak-kanak, dan seorang ayah kepada tiga orang anak.

Beliau mengatakan bahawa otak anak anda sedang berkembang dengan sangat laju di mana saiz otak mereka mencecah 85% daripada saiz otak orang dewasa pada umur 3 tahun dan 90% pada umur 5 tahun.

Beliau juga ada menyebut, jika ibu ayah yang selalu bercakap, berkomunikasi, dan membacakan buku dengan kuat kepada anak, pada umur 4 tahun anak ini kemungkinan besar sudah mendengar 30 juta perkataan lebih daripada rakan sebaya yang ibu ayahnya jarang berkomunikasi dengan mereka.

Beliau menyarankan agar ibu ayah membacakan buku dengan kuat kepada anak paling kurang 15 minit setiap hari. Aktiviti ini disinonimkan dengan “feed your chlid’s brain”. Pembacaan buku cerita juga dapat menyelesaikan masalah “word gap” di mana ada perkataan-perkataan dalam buku yang mungkin tiada dalam perbualan seharian.

“Saya sibuk. Tidak ada masa untuk bacakan anak buku.”

“Awak surirumah, bolehlah bacakan anak buku selalu.”

MasyaAllah ibu. Adakah 15 minit sebelum anda tidur itu terlalu mahal harganya?

When there’s a will, there’s a way, wahai ibu-ibu.

Manfaat Read Aloud

1. Perkembangan Bahasa

Jumlah perkataan yang anak dengar akan membantunya dalam berkomunikasi dan menjadi satu penanda aras kejaayaannya di masa hadapan.

2. Tanam Rasa Cinta Pada Buku

Saya secara peribadi sangat bersetuju dengan point ni. Anak tidak akan rasa cinta kepada buku hanya dengan belajar membaca di tadika atau sekolah. Rasa ini perlu dipupuk sedari kecil, dengan cara ibu memupuk hubungannya dengan buku. Melalui read aloud. ia penting untuk skil pra-membaca. Bayangkan bila anak disuruh belajar membaca tanpa dia kenal apa itu keseronokan membaca. Sebab itu ada kanak-kanak yang tidak minat membaca dan bergaul dengan buku walapun mereka reti membaca. Rasa cinta pada buku ini penting untuk membesarkan seorang pencinta ilmu dan tidak merasa membaca buku sebagai beban.

3. Dapat Pengetahuan Baru

Bukan sahaja anak, malah ibu dan ayah yang membacakan buku dapat maklumat dan pengetahuan dari dalam buku. Ibu ayah juga mampu develop skil dalam penceritaan.

4. Bina Skil Bercakap dan Pra-Membaca (Pre-Literacy Skill)

Perbendaharaan kata. Fonik. Familiarity dengan perkataan. Teknik bercerita. Membuat ayat. Ini semua adalah skil yang mampu diperkembangkan dalam diri anak melalui read aloud.

5. Perkembangan Otak

Perkembangan otak sejak bayi lahir sehinggalah mereka berumur 3 tahun adalah sangat kritikal. Pada waktu ini ibu ayah perlu banyak bercakap agar otak mereka berkembang dengan baik.

6. Merapatkan Hubungan Ibu Ayah Bersama Anak

Ada yang lebih penting daripada ini? Hubungan yang mesra dan rapat antara ibu ayah dengan anak akan menyokong emosi anak dan membantu emosinya berkembang dengan baik.

More than 15% of young children 3.1 million are read to by family members fewer than three times a week.

 

Ibu, Bacakanlah Anakmu Buku!

Kini anda sudah tahu betapa pentingnya membacakan anak buku. Apa langkah-langkah yang anda boleh mulakan?

  • Mula sekarang. Tiada apa yang lebih penting daripada memulakan rutin ini sekarang. Bukan esok, bukan minggu hadapan, bukan bulan hadapan. Memulakan read aloud  lebih awal adalah lebih baik.
  • Pilih masa yang sesuai. Ada ibu ayah yang membacakan buku untuk anak sebelum tidur, ada ibu ayah yang melakukannya di dalam kereta (bercerita tanpa buku). Seperti saya, saya membacakannya pada waktu pagi dan petang atau bila-bila anak menghulurkan buku ceritanya kepada saya. Pastikan paling kurang 15 minit sehari.
  • Berkongsi maklumat ini kepada pasangan agar kamu berdua berkongsi aspirasi yang sama. Kawan-kawan anda juga patut tahu tentang ini.
  • Sediakan sudut buku cerita di rumah. Ini memudahkan anak anda untuk mencapai buku dan bergaul dengannya. Abaikan sepah yang mereka cipta. Ianya berbaloi. Sepah boleh dikemas kan.
  • Bercakap, menyanyi dan bermainlah bersama anak anda. Ini semua akan membantu mengembangkan potensi dan skil mereka dalam segenap aspek.

 

Ibu, Bacakanlah Anakmu Buku!

 

Untuk membaca lebih lanjuk tentang gerakan READ ALOUD, anda boleh pergi ke laman web http://www.readaloud.org/index.html.

Salam sayang.

ATIQAH HASSAN

2 thoughts on “Ibu, Bacakanlah Anakmu Buku!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge