Fungsi Lecithin Shaklee Yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum. Alhamdulillah kita sudah pun masuk ke bulan Sya’aban. Tak lama lagi Ramadhan akan menjengah selama 30 hari. Semoga kita semua diberi rezeki untuk merasai keberkatan bulan Ramadhan tahun ini. InsyaAllah untuk blog post kali ni saya akan kongsi maklumat secara ringkas tentang Lecithin Shaklee dan apakah fungsi Lecithin Shaklee.

 

Apa Itu Lecithin

Lecithin adalah sejenis lemak sihat dan juga sumber utama kolina yang menghasilkan lebih acetylcoline, iaitu sejenis neurotransmitter. Neurotransmitter ni penting untuk ingatan dan minda.

Oh tahukah anda otak adalah organ paling berlemak dalam tubuh, iaitu consist of 60% lemak? Jadi otak memerlukan lemak sihat ini untuk menguatkan daya ingatan dan memori.

Acetylcoline boleh berkurangan jika seseorang pernah alami kemalangan atau kecederaan otak, dan juga kepada wanita yang melahirkan anak.

Lecithin adalah salah satu produk top 10 Shaklee di Malaysia!

 

Fungsi Lecithin

Mengapa kita perlukan Lecithin?

Mari kita lihat pelbagai fungsi Lecithin.
  • Untuk meningkatkan daya ingatan dan fungsi otak
  • Untuk membantu hati percepatkan pengaliran lemak dan kolesterol
  • Sebagai pengemulsi semulajadi untuk berat badan sihat
  • Untuk memecahkan kolesterol dalam salur darah untuk kesihatan jantung
  • Untuk menyokong penghasilan HDL (kolesterol baik)
  • Untuk menghalus dan melembapkan kulit
  • Untuk membantu pergerakan lemak, bahan buangan & nutrien keluar dan masuk ke dalam sel

fungsi lecithin

Jika anda bercadang untuk mula turunkan berat badan, saya cadangkan anda mula ambil Lecithin bulan ini dan meneruskannya pada bulan Ramadhan. InsyaAllah berat badan anda akan berkurangan secara sedikit-sedikit jika anda turut melakukan senaman dan makan secara seimbang. Tidak harus bergantung semata-mata kepada suplemen kerana suplemen hanya assist penurunan berat badan.
Berminat untuk cuba Lecithin Shaklee?

Sebotol Lecithin hanya berharga RM 58.30. Hanya 32 sen per soft gel untuk daya ingatan yang lebih baik dan berat badan ideal!

Hubungi saya untuk order sekarang! Saya adalah pengedar Shaklee seluruh Malaysia yang sah dan anda boleh percayai.

Salam mesra daripada saya!
ATIQAH HASSAN
PEMILIK SURI MOBILE SPA

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU

013 6820482

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge