Cara Saya Hilangkan Blackhead Dalam Masa Dua Bulan

Blackhead oh Blackhead

Image result for blackhead
Bukan hidungku.

Bintik hitam atau blackhead dah jadi masalah kulit saya sejak sekolah lagi.

Picit-picit keluar tu biasa (ewww Tiqah?)

Blackhead remover jenama Biore tu memang selalu sangat beli. Setiap 2 minggu mesti pakai untuk dia tanggalkan semua kotoran hitam itu.

Bila ada majlis besar lagilah sibuk pakai benda tu. Tahanlah seminggu tanpa blackhead.

Kadang-kadang join ummi pergi buat facial, memang blackhead di hidung yang jadi masalah tumpuan orang facial tu. Area lain kat muka ni memang tak ada masalah kata dia.

3pcs-Acne-Removal-Blemish-Pimple-font-b-Blackhead-b-font-font-b-Extractor-b-font-Tool
Orang facial tu guna ni. Kita pun beli satu.

Walaupun lepas facial, kat muka still ada lagi sisa-sisa blackhead tu.

Memang sedih rasa, kurang keyakinan diri. Selain faktor tak jaga muka elok-elok dan bersih-bersih, faktor tak jaga pemakanan pun boleh menyumbang kepada pembentukan blackhead ni.

Bagaimana Blackhead Terhasil?

What-is-blackheads-removal-tips-tricks

Blackhead adalah kandungan yang menyumbatkan pori pada kulit hingga menyebabkan kulit berwarna hitam di mana ia sering berlaku pada hidung, pipi, kawasan tepi bibir dan dagu. Senang cerita, blackhead adalah pori yang tersumbat dalam keadaan permukaan kulit terbuka.

Anak dara muka gini tak bestnyaa.

Sampai waktu nak kahwin pun, seminggu sebelum nikah tu memang saya pastikan blackhead clear. Hidung kena licin habis. Ye la nanti suami nak tenung. Bahahaha.

Tapi of course lah, masalah blackhead ni masih lagi berlarutan. Kadang-kadang waktu rajin tu pakailah scrub. Rasa licin berseri kejap muka.

Lepas bersalin, semakin sibuk menguruskan anak. Lagi la tak berapa rajin nak jaga muka, sampai akhirnya timbul jeragat. Wuwuwu. Sedih. Baru 27 tahun umurku.

Saya tekad cuba beberapa produk. Produk yang saya nak ambil mestilah berfungsi untuk dalaman dan luaran saya.

Sebenarnya produk untuk dalaman ni dah ambil sejak berpantang. Tapi tu pun tak konsisten sebab saya kurang gemar dengan rasanya (serbuk protein).
Saya sedar yang saya kena ubah sikap dan lebih disiplin. Sebab protein sangatlah penting untuk kulit.

Lepas dua bulan konsisten dengan produk-produk ni, saya sendiri terkejut bila belek hidung sendiri. Baru perasan bila belek kat cermin..

Tak ada blackhead macam dulu! Sedangkan dah lama tak pakai Blackhead Remover yang lekat kat hidung tu!

Gembira bukan kepalang. Rasa macam mustahil je benda tu nak hilang. Ye lah, tak pernah hilang kot!

Hah nak tahu apa yang saya pakai?

Ni saya nak cerita Cara Saya Hilangkan ‘Blackhead’ Dalam Masa Dua Bulan.

1. Nutriwhite Gentle Action Make Up Remover

Nutriwhite Make Up Remover ni bukan hanya untuk bersihkan make up tau. Boleh guna untuk sental kotoran-kotoran kat muka sekali. Jadi, tak boleh jadi alasan tau untuk orang yang tak pakai make up macam saya ni. Penting untuk sental daki kat muka tu. Lagi-lagi dengan persekitaran yang agak tercemar sekarang ni.

Cara pakai, picit sikit kat jari dan sental waktu muka kering. Tak perlu basahkan muka tau. Tapi awal-awal sental tu memang lambat tau dia keluar. Kena sental lebih 5 minit baru la nampak daki hitam tu. Memang serius terbaik.

2. Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser

Pencuci muka ni pada awalnya nak beli untuk suami yang memang particular bab pencuci muka. Dia lagi konsisten cuci muka daripada isteri dia ni. Last-last kita pun pakai. Hehe. Lagi pun kan, sebotol ni boleh tahan setahan tau. Hah untung tak untung? Memang menang memakai.

Best sangat, muka rasa lembut dan anjal lepas bilas. Tak rasa kering macam sesetengah pencuci muka. Tak bagus sebenarnya sebab pencuci macam ni hakis pelembap semulajadi muka. Jadi pilih pencuci muka semulajadi.

3. Sustained Release Vita C Plus

Vitamin C memang tak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Ia dapat kekalkan integriti tisu badan, membuatkan kulit lebih licin, tegang dan berseri. Badan kita termasuk muka kita kan semua terbina daripada sel dan tisu. Jadi, penting untuk kita ambil Vitamin C sebab badan kita tak boleh hasilkan sendiri Vitamin C. Kita perlu dapatkan daripada makanan atau suplimen.

4. Energizing Soy Protein (ESP)

Tidak syak lagi, protein sangat penting untuk kulit, selain tulang, otot, dan darah. Protein boleh membantu baiki tisu kulit dan menghasilkan kulit yang lebih sihat. ESP boleh menjadi makanan tambahan yang diperlukan kerana kebanyakan kita tidak mendapatkan jumlah protein yang secukupnya dalam sehari. Hal ini mungkin berpunca daripada cara masakan dan lain-lain faktor.


Hah selamat dah saya kongsi Cara Saya Hilangkan ‘Blackhead’ Dalam Masa Dua Bulan. Saya kena betul-betul jaga dan konsisten pakai dan makan produk-produk ini. Sebab boleh datang balik. Bila badan cukup nutrisi dan kita pakai produk semulajadi untuk kulit kita, insyaAllah masalah kulit akan berkurangan. Stress berkurang, hati lebih gembira dan lapang, 24 jam tersenyum riang!

Sekarang misi saya adalah untuk menghilangkan jeragat pulak. Masih ketara di bahagian hidung dan sekitarnya.

Produk yang saya sedang pakai iaitu Nutriwhite Spot Whitening Treatment. Fokus untuk menghilangkan dark spot pada wajah.

Harapnya tuan badan konsisten pakai, untuk dapatkan hasil yang mantap.

Seronok dapat berkongsi. Akak tengah cari orang yang sudi nak ber-eksperimen dengan produk yang akak pakai ni.

Nak join gerabak akak tak, sama-sama usaha dapatkan kulit bersih?

Jom cuba set ni!

ooking Light

Hubungi akak untuk sebarang pertanyaan 😀

ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge