Cara Puasa Ganti Untuk Ibu Menyusu

Puasa Oh Puasa

Pernah dengar tak ayat ni?

Ramai boleh puasa penuh 30 hari bulan Ramadhan, tapi nak puasa sunat 6 hari bulan Syawal belum tentu semua mampu.

Sebab apa agaknya?

Satu, sebab mood raya meleret-leret sampai 30 Syawal.

Dua, mungkin sebab orang sekeliling tak puasa jadi kita pun rasa tak kuat.

Bagi yang terpaksa meninggalkan puasa atas sebab menyusu, golongan ini termasuk kategori uzur dan wajib bayar fidyah serta ganti puasa.Cara kira fidyah boleh semak di laman web majlis agama di negeri masing-masing. Dalam beberapa ringgit je sehari tinggal. Okey part tu selesai.

Cara Puasa Ganti Untuk Ibu Menyusu

Pernah tertanya-tanya tak macam mana cara puasa ganti untuk ibu menyusu yang mudah dan tak membebankan ibu?

Pernah tak rasa ragu-ragu nak ganti puasa waktu menyusukan anak ni?

Awal-awal dulu memang ragu-ragu. Dahla sokmo lapar aje kan bila menyusu ni. Anak pulak setiap 2 jam nak susu.

Saya kena ganti 30 hari sebab berpantang bulan puasa tahun lepas (tak perlu fidyah).

Tapi alhamdulillah setakat ni dah berjaya ganti sebanyak 14 hari..! Tinggal 16 hari. Macam tak percaya pun ada.

Saya nak kongsi sedikit cara puasa ganti untuk ibu menyusu VERSI SAYA:-

1. MAKAN NASI DAN LAUK

Jangan risau tentang berat badan, ibu menyusu PERLU MAKAN! Kalau anda risau susu berkurang, anda KENA MAKAN NASI waktu sahur.

Sesetengah ibu yang berpengalaman menasihatkan untuk mengambil lauk yang berasaskan sup.

2. MAKAN MAKANAN RENDAH INDEKS GLISEMIK

high-vs-low-gi-foods

Makan makanan rendah indeks glisemik atau low GI membantu perut kita rasa kenyang dengan lama. Indeks glisemik adalah indeks yang menunjukkan ranking karbohidrat dalam makanan berdasarkan kesannya pada tahap gula dalam darah.

Makanan yang rendah indeks glisemik dihadam, diserap dan ditukar kepada tenaga secara perlahan, menyebabkan penurunan atau memperlahankan kenaikan gula dalam darah dan seterusnya tahap insulin.

Makanan yang tinggi indeks glisemik akan membuatkan tahap gula dalam darah naik mendadak dan seterusnya menghantar signal yang salah kepada otak bahawa perut sedang lapar.

Keledek, oat antara makanan yang rendah indeks glisemik.

Saya pula ambil minuman protein saya sebagai makanan tambahan yang low GI.

15826317_1185706178193041_7705747209737597342_n

Alhamdulillah ESP sangat membantu saya dalam proses puasa ganti ni. Ambil 2 sudu besar sebelum sahur nasi, sampai pukul 2 ke 3 petang masih bertenaga dan masih menyusukan anak. Ia minuman yang baik kerana sumber protein memang diperlukan oleh semua lagi-lagi ibu menyusu.

Dapatkan ESP dengan harga berpatutan untuk kesihatan anda. Hubungi saya di nombor 013-6820482.

ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge