Buat Duit Dengan Mobile Spa – TWB Project

Sana sini viral #ProjekBuatDuit. Jadi hari ni saya nak cerita kisah misteri macam mana ramai wanita serata Malaysia dapat buat duit dengan mobile spa. Bukan 2 3 angka ya. Siap 4 5 angka lagi. Syaratnya perlu join dulu The Walking Beauty Project. Kursus spa lain kat luar sana tak dapat janjikan income 5 penjuru seperti The Walking Beauty Project.

Projek ni juga sesuai untuk adik-adik lepasan SPM yang berminat untuk terus cari income. So bagi yang masih termenung dan dok fikir lama “Apa nak buat lepas SPM ni”, saya ada jawapannya! Keep reading ok.

 

Pengalaman Saya Buat Duit

Haih kalau nak dikenangkan pengalaman sendiri buat duit, macam-macam lah kita buat sejak sekolah dulu.

Waktu sekolah rendah sebenarnya tak berapa ingat jual apa  Kalau tak silap jual sticker kartun. Hot kan waktu tu? Zaman Sailormoon, kartun-kartun comel tu.

Naik sekolah menengah tak jual apa-apa, banyak main aje 

 

Di UiTM Lendu. Handphone cikai aje 2010 hehe

 

Waktu ambil diploma di UiTM Lendu, saya sempat jual t-shirt islamik jenama Brotherhood Arts. Sikit-sikit boleh la.

Selain tu saya tolong roommate jual nasi lemak mak dia. Round la Tun Fatimah sampai Tun Puteri sama-sama. Teringat pengalaman pahit ni. Ada waktu tu dah penat round, nasi lemak tu letak aje kat tangga. Sehari dua ok lagi. Lepas-lepas tu nasi lemak habis, dalam bekas ada 30 sen je. Kitorang yang panas. Mak roommate ni pulak cool aje. Dia buat bukan nak untung sangat katanya 

Masuk UiTM Bandar untuk degree, saya jual tudung labuh Akel. Borong daripada 1 page kat Facebook. Pernah duduk kat surau, susun tudung kasi orang tengok. Tak la lama, sebab nak habiskan 1 kodi pun takes time. Tak dapat rolling. End up ada pakai sendiri dan bagi kat kawan.

Pengalaman paling manis semasa degree, jual sandwich  Sandwich telur & sardin. Letak dalam bekas plastik sandwich tiga segi tu. Awal-awal buat dalam 10 bekas je sebab tak tahu sambutan. Lama-lama ada demand from classmates. Naikkan ke 20+. Lagi-lagi kalau kelas pagi straight 8.30-12.30. Yang bestnya, kalau ada nak beli telur tapi dah habis, dorang willing ambik sardin. Sama la kalau ada yang nak sardin tapi dah habis, telur pun boleh. Hah maksudnya apa tu? Samada sedap atau memang lapar time tu  Tapi dah nak habis semester tu tak dapatlah proceed. Kena fokus study.

Selain berniaga sendiri, saya sempat jugak kerja kat pet shop kat Lorong Pandan. Dekat dengan rumah sewa. Sekejap je. Dapatlah sikit duit.

Selepas tamat degree, saya kerja di sebuah sekolah swasta di Merlimau. Secara sambilan, saya jual majalah Solusi & Gen-Q.

Saya jual jugak sambal hitam, ambik stok daripada seorang stokis di Facebook.

Lepas tu ada seorang junior ni nama Bannie ajak simpan emas. Saya pun mula beli emas dan ajak kawan, dapatlah sedikit upah. Tapi sekarang dah habis emas dalam simpanan sebab ada keperluan untuk menjualnya. InsyaAllah  nak sambung menabung emas dalam masa terdekat.

Selain tu saya sempat juga kerja di sebuah gerai sengkuang calit di Duyong. Niatnya nak tambah income sebelum kahwin. Tapi akhirnya berhenti sebab susah nak commit datang kerja every weekend.

Apa lagi saya buat?

Saya jual Al-Quran cantik-cantik dan buku-buku terbitan Pustaka Darul Iman. Dapatlah komisyen 

Saya berhenti kerja di sekolah swasta Merlimau tu just before getting married.

Lepas kahwin, saya jual kuih raya Ketuk-ketul Aidilfitri. Pengalaman yang best bekerja dalam kumpulan. Dapat lah sikit untuk biaya keperluan hidup 

And now as you know, saya buat Shaklee.

Dan yang paling disyukuri, saya dah sertai projek spa di bawah projek The Walking Beauty dan bersyukur dapat mula buat duit dengan mobile spa.

 

Buat Duit Dengan Mobile Spa

So you are wondering, macam mana cara anda boleh buat duit dengan mobile spa.

Tahukah anda, permintaan para wanita di Malaysia untuk spa di rumah semakin meningkat?

Tahukah anda, para wanita di Malaysia semakin sibuk sehingga tiada masa untuk meninggalkan rumah untuk pergi ke pusat rawatan spa?

Tahukah anda, para ibu prefer rumah sendiri untuk ber-spa sebab mudah nak tengok anak?

Dah nampak? Inilah sebab anda perlu yakin yang anda boleh buat duit dengan mobile spa.

 

Beautician TWB in action

 

Salah seorang beautician TWB sedang training

 

Mobile spa sentiasa tinggi demand

Peluang Bisnes Untuk Lepasan SPM

Alhamdulillah result SPM 2017 dah keluar kan. Tahniah bagi yang berjaya capai target.

Bagi yang berminat untuk terus mencari peluang kerja, saya ada berita baik.

Nak tak saya kongsi bisnes mudah bagi adik-adik lepasan SPM yang memilih untuk bekerja?

Bisnes mudah yang menjanjikan pulangan lumayan! Tapi dengan komitmen dan usaha yang berterusan.

 

buat duit dengan mobile spa

 

Di atas ni adalah seorang beautician TWB yang baru sahaja tamat training. Dah nak masuk U, tapi pantas grab peluang untuk cari cara buat duit poket lebih. Serius sangat ramai pelajar U yang bekerja keras dengan kerja part-time untuk duit poket masing-masing. Jadi bisnes mobile spa adalah satu pilihan yang bagus untuk adik-adik.

“Betul ke boleh buat duit dengan mobile spa ni kak?”

Eh ko tak caya?

Sebenarnya ia bergantung kepada usaha dan target adik-adik sendiri. Kalau target nak buat servis weekend sahaja dan target nak RM1000 sebulan, adik boleh dapat, insyaAllah!

Ada 8 kali weekend dalam sebulan. Kalau sehari dapat 2 customer nak buat FACIAL SAHAJA,  pun dah boleh buat duit sekurang-kurangnya RM800 (RM100 sehari). Belum masuk foot & hand spa, body scrub dan lain-lain servis yang customer boleh request. Boleh menangis tau dapat duit senang-senang gitu. Man jadda wa jada. Siapa usaha dia akan dapat. Siapa usaha, Allah akan bagi dengan izinNya.

Ni akak compile feedback daripada beautician TWB.

 

 

Satu lagi yang perlu adik-adik tahu adalah, projek spa kita ni berasaskan spa Shaklee. Kita guna produk Shaklee, kita guna sistem Shaklee.

 

Kenapa Spa Shaklee

“Akak, boleh tak saya nak join TWB tapi tak guna produk Shaklee?”

Boleh je. Tapi…

Sangat rugi rugi rugi! Kalau korang tahu untungnya buat spa dengan produk Shaklee, memang korang tak akan guna produk lain.

Salah satu sebabnya adalah.. INCOME 5 PENJURU!

Kalau ada usahawanita lain di luar sana yang bergerak secara berseorangan, income mereka possibly datang daripada servis spa sahaja.

Tapi dengan spa Shaklee dan pakej kursus TWB, anda boleh tambah lagi 4 penjuru income. Jadi kenapa perlu pilih yang biasa-biasa kalau kita ada pakej spa yang luar biasa macam ni? Tell me why.

Saya senaraikan kenapa anda perlu pilih spa Shaklee melalui projek spa The Walking Beauty sebagai permulaan bisnes mobile spa anda:

Produk

  • Produk Shaklee adalah 100% selamat dan diiktiraf KKM. Sudah wujud selama  lebih 30 tahun di Malaysia.
  • Segala masalah yang mungkin berlaku ketika servis spa akan dirujuk kepada nutritionist dan dermatologist Shaklee. So anything goes wrong, tak perlu cuak. Akan ada solusi yang dicadangkan golongan berpendidikan ini.
  • Bayangkan jika anda guna sebarangan produk, jika ada masalah yang berlaku, pada siapa anda mahu rujuk? Nanti tak pasal-pasal bisnes anda dan anda kena ban.
  • Salah satu produk yang kami guna adalah —> YOUTH Skincare

Bisnes Mudah

  • Anda berminat, anda buat bayaran, anda ikut kursus, dan walahh, anda boleh mula menggerakkan bisnes mobile spa anda!
  • Kursus kami sangat compact dan praktikal! Anda tidak perlukan 3 hari untuk selesaikan kursus.

Kursus Spa Termurah dan Bersijil

  • TWB sediakan 5 jenis kursus. Siap ada kursus tambahan yang mahal ilmunya tau!
  • Anda tak perlu spend more than 2K untuk dapatkan 5+1 courses ini.
  • Lepas je ikut training, anda akan dapat sijil dengan nama anda. Menjadi bukti anda sudah ikut training spa di bawah TWB.
  • Bila rajin, insyaAllah boleh balik modal seawal 1 hingga 3 bulan.

 

spa shaklee

 

Bersistem

  • Spa Shaklee ada sistem yang sangat tersusun. Nak promote bisnes ada sistem, nak pass customer ke beautician lain ada sistem.
  • Kalau diberi pilihan untuk join projek yang ada sistem atau tanpa sistem, sebagai seorang manusia yang waras mestilah kita pilih yang bersistem kan 😀 Next!

Support Group

  • Ramai je yang buat bisnes spa sendiri di luar, bergerak secara berseorangan. Tapi percayalah, ianya tidak sama dengan bekerja secara berkumpulan. Haih, nak buat kenduri pun seronok merewang ramai-ramai kan, apatah lagi berbisnes mobile spa!
  • Hari-hari beauticians TWB akan update servis spa di tempat masing-masing. Yang tak bergerak akan lebih termotivasi untuk lebih rajin marketing dan buat servis.
  • Jika anda down, kita sama-sama support. Tak jadi down lama-lama.

Berpeluang ke Luar Negara dan Dapat Elaun Kereta

  • Dengan spa Shaklee melalui projek TWB, anda berpeluang untuk bercuti ke luar negara termasuklah mengerjakan umrah!
  • Lagi best, boleh dapat car bonus bila capai kelayakan tertentu. Ya Allah kursus spa mana lagi yang dapat tawarkan semua ni.

 

So anda dah nampak macam mana cara kami buat duit dengan mobile spa?

Dah tak misteri gituu.

Untuk menyertai projek spa TWB, anda boleh klik sini >> NAK JOIN TWB

Atau CALL/SMS/WHATSAPP di nombor ini >> 0136820482 (ATIQAH)

 


 

Remember, FAST ACTION FAST RESULT!

Kaji kelebihan dan kekurangan, istikharah, tawakkal dan jalan terus! Jangan bertangguh.

Salam sayang daripada saya!

 

ATIQAH HASSAN
PEMILIK SURI MOBILE SPA

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU

013 6820482

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge