Bahaya Anemia Semasa Mengandung

Bahaya Anemia Semasa Mengandung

Masalah anemia adalah masalah biasa yang terjadi kepada ibu-ibu mengandung, jadi ibu-ibu perlu tahu tentang bahaya anemia semasa mengandung.

Apa Itu Anemia?

Anemia adalah keadaan di mana badan kekurangan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah.

Anemia semasa hamil adalah keadaan di mana paras hemoglobin (Hb) kurang daripada 11 gm%.

 

Komplikasi Akibat Anemia

Ibu anemia berisiko mendapat komplikasi jika masalah anemia tidak dirawat dan dipulihkan seperti berikut:-

Komplikasi ke atas ibu

  • Pendarahan semasa dan selepas bersalin
  • Keguguran
  • Tekanan darah tinggi (Eklampsia)
  • Kegagalan jantung
  • Kematian ibu

Komplikasi ke atas bayi

  • Kelahiran pra matang
  • Kelahiran kurang berat badan
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Kematian bayi selepas lahir

Rawatan Anemia

  1. Meningkatkan pengambilan makanan tinggi zat besi

    • Memilih makanan dari sumber haiwan dan makanan laut
    • Memilih sayuran hijau yang tinggi zat besi
    • Organ haiwan (hati atau jantung); tidak digalakkan diambil secara kerap (1 kali seminggu)
    • Contoh makanan tinggi zat besi adalah seperti berikut:
      • SUMBER HAIWAN : Hati ayam, kerang, lala, tauhu, telur ayam, daging lembu, ikan cencaru, ayam, ikan kembong
      • SUMBER KEKACANG : Kacang kuda, kacang hijau, kacang merah, kacang dhal
      • SUMBER TUMBUHAN : Maman, peria, pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam, jantung pisang, taugeh kasar, ulam raja
  2. Meningkatkan pengambilan makanan yang membantu penyerapan zat besi

    • Pengambilan buah-buahan yang tinggi vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi.
    • Buah-buahan digalakkan diambil bersama makanan utama sebagai hidangan sampingan.
    • Buah-buahan seharusnya dimakan sejurus selepas dipotong untuk mengekalkan kandungan vitamin C. Kandungan vitamin C akan terhapus melalui pendedahan kepada udara, masakan, dan pengetinan.
    • Contoh makanan tinggi vitamin C  adalah seperti berikut: jambu batu, kiwi, betik, mangga, oren/limau, limau nipis.
  3. Mengurangkan penghalang penyerapan zat besi dalam makanan

    • Elakkan pengambilan minuman teh, kopi, coklat dan susu bersama hidangan utama.
    • Layari laman web Iron Disorder untuk membaca lebih banyak tentang makanan yang mengganggu penyerapan iron. Klik sini –> Iron Disorder
  4. Mengambil pil hematinik mengikut saranan

    • Pil hematinik diambil mengikut sukatan yang disarankan oleh doktor atau jururawat.
    • Pengambilan pil hematinik digalakkan 1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan untuk penyerapan yang lebih baik. Jika alami ketidakselesaan pada perut, boleh diambil bersama makanan seperti buah.
    • Pil hematinik digalakkan diambil bersama air kosong atau jus buah kaya vitamin C.
    • Elakkan diambil bersama kopi, teh, dan susu.
    • Contoh pil hematinik di pasaran: iberet, obimin, zincofer.

 

SUMBER : UNIT PEMAKANAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH ALOR GAJAH

 


 

Jika mahu dapatkan set ibu hamil Shaklee dan fokus kepada mencegah anemia, ini adalah set terbaik.

Bahaya Anemia Semasa Mengandung

 

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Saya ada pengalaman menarik untuk dikongsi tentang anemia sepanjang 2 kehamilan.

 

ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge