Aktiviti Melepaskan Anak Penyu Ke Laut Di Cherating

melepaskan anak penyu

Kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan. Bagaimana kami dapat melakukan aktiviti melepaskan anak penyu ke laut? Jom baca lagi!


Cuti Merdeka tempoh hari kami sekeluarga bertolak ke Cherating.

Kami menginap di Kemaman Sands. Hotel ni dah masuk ke daerah Kemaman, tapi jaraknya hanya 10-15 minit ke Cherating.

Sewaktu check-in di kaunter, kami dimaklumkan ada aktiviti melepaskan anak penyu di laut kawasan hotel ini. Boleh pilih antara

  1. 9.30 PAGI atau
  2. 7.00 MALAM kalau tak silap saya

 

Bayaran yang dikenakan bagi seorang hanya RM15.

Kami memilih keesokan paginya di hari raya Aidiladha.

Sampai di kawasan penetasan, kami terkejut bila dapat sebakul anak-anak penyu untuk dilepaskan. Hanya kami bertiga, membelek baldi penuh dengan anak penyu. Yang lain juga dapat sebakul bagi setiap keluarga.

 

aktiviti melepaskan anak penyu ke laut

 

Kami dimaklumkan bahawa waktu itu adalah pengakhiran musim penyu naik bertelur di Pantai Teluk Mak Nik. Kebetulan pada malam kami bermalam, penyu sudah tidak naik. Beruntungnya kami!

Selepas 10 minit mengagumi anak-anak penyu ini, tiba masa untuk melepaskan mereka ke laut.

 

melepaskan anak penyu

 

Pergerakan ke laut yang sangat semulajadi, sesuai dengan fitrah penyu.

Anak-anak penyu ini akan kekal berada di permukaan laut dalam 4 ke 5 hari. Selepas itu baru mereka dapat menyelam ke dasar. Dalam 100 ekor penyu yang dilepaskan, potensinya hanya 4 ekor penyu yang akan datang semula ke Pantai Teluk Mak Nik untuk bertelur di situ. Ini kerana ada yang mungkin mati dimakan ikan, burung helang dan lain-lain pemangsa. Belum sentuh lagi bab termakan sampah di laut. Jadi, jagalah kebersihan alam ya.

Jika anda mahu melakukan aktiviti ini, bolehlah merancang bercuti ke Cherating dan menginap di Kemaman Sands pada bulan Mei hingga Julai mana-mana tahun (Ogos jika bernasib baik). Boleh hubungi pihak hotel di talian 09-858 9908.

ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

One thought on “Aktiviti Melepaskan Anak Penyu Ke Laut Di Cherating”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge