8 Makanan Elak Rambut Gugur

Tangani Keguguran Rambut

Dua hari lepas saya terbaca satu artikel menarik di dalam akhbar Berita Harian. Tajuknya sangat dekat dengan ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan.

Tajuk “Tangani Keguguran Rambut” oleh Dr Jasmine Ruth. Disenaraikan 8 makanan elak rambut gugur.

Orang kata, rambut ibu gugur sebab anak menyembur. Betul ke? Mitos atau fakta? Apa agaknya kaitan air liur bayi dengan kulit kepala kita? Macam tak logik je kan.

Ya, memang tiada logiknya di situ.

Sebenarnya rambut ibu gugur secara drastik ketika umur anak dalam lingkungan 3-4 bulan. Pada umur itu pula bayi sudah pandai menyembur. Jadi nampak macam bayi menyembur tu punca rambut ibu gugur sedangkan ia bukanlah puncanya.

Menurut laman web Baby Centre, punca sebenar keguguran rambut ibu selepas bersalin ada dua:-

(1) Pertambahan hormon estrogen ketika hamil

Wanita mempunyai lebih kurang 100 ribu helai rambut. Secara purata, anggaran sebanyak 100 helai rambut gugur setiap hari. Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh lebih banyak daripada biasa. Hanya sedikit sahaja rambut yang berada di dalam keadaan berehat, jadi hanya sedikit sahaja rambut gugur setiap hari. Oleh itu, semasa hamil rambut anda biasanya akan lebih lebat dan lebih sihat. Seronok kan?

After you give birth, your estrogen levels take a tumble and a lot more hair follicles enter the resting stage. Soon you’ll have more hair coming out in the shower or on the brush. This unusual shedding will taper off and your hair will be back to its pre-pregnancy thickness about six to 12 months after you give birth. 

(2) Penurunan hormon estrogen selepas bersalin

Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan kembali pada paras normal. Semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Dalam erti kata lain, lebih banyak rambut akan gugur. Jadi, 3-4 bulan selepas melahirkan bayi, kebanyakan wanita akan mula mengalami rambut gugur terlalu banyak disebabkan perubahan hormon ini. Bak kata kakak ipar ku, macam daun kering yang jatuh di musim luruh. Sangat menyedihkan! Mesti selalu jumpa bertebaran atas lantai rumah, bilik air, melekat kat penyapu dan sangat banyak melekat di sikat setiap kali menyikat rambut.

Tahukah anda, rambut ibu ketika mengandung akan gugur sepenuhnya sedikit demi sedikit selepas bersalin? Keadaan ini boleh berlarutan sehingga umur anak 2 tahun, sambil rambut baru tumbuh menggantikan yang gugur, of course.

Jadi apa nak buat ni?

Ada beberapa langkah yang boleh ibu ambil untuk kurangkan keguguran rambut.

  • Potong rambut pendek agar rambut lebih mudah diurus dan kurangkan beban pada kulit kepala.
  • Guna syampu yang kaya dengan vitamin B atau yang berasaskan kelapa.
  • Elakkan menyikat rambut semasa rambut masih basah. Sebaiknya tunggu rambut kering.
  • Ambil makanan berkhasiat yang kaya dengan vitamin B, protein dan zat besi, Omega 3.

 

Mengikut artikel yang saya sebut di awal post ini, ada 8 makanan kaya nutrisi bermanfaat untuk kulit kepala dan dapat mencegah kepala botak.

Di sini saya senaraikan 8 Makanan Elak Rambut Gugur.

 

page

Pertama sekali, ikan salmon. Ikan salmon kaya dengan Omega 3. Selain salmon, sardin & ikan kembung  turut membantu rambut tampil berkilat dan juga menguatkan rambut. Menurut Dr. Jasmine, Omega 3 harus diperoleh daripada makanan atau suplemen.

Namun begitu, harus berjaga-jaga kerana ikan di laut berisiko mengandungi merkuri dan terdedah kepada logam yang boleh membawa masalah kesihatan kepada pemakanannya. Anda boleh pilih suplemen yang memproses minyak ikan Omega 3 secara selamat, melalui beberapa peringkat penyulingan dan terbukti berkualiti serta diiktiraf.

Seterusnya yogurt. Yogurt kaya dengan protein, di mana nutrien protein ini akan membantu pengaliran darah di bahagian kepala.

Selain protein, yogurt juga kaya dengan vitamin B5 yang membantu mencegah penipisan rambut. Eh macam best pulak kan? Biasa bila meningkat 25-an memang ramai yang mula alami keguguran rambut teruk. Makan yogurt ok?

Apa lagi makanan yang bagus untuk rambut?

Ingat rambut, ingat Popeye! Ingat Popeye, ingat bayam!

Hehe. Kenapa bayam bagus?

Bayam kaya dengan vitamin A, zat besi, folat, beta karotena dan vitamin C. Kesemua nutrien ini penting agar rambut tak mudah patah & rapuh. Masih berkira-kira untuk makan sayur?

 

1462854478-20150706005009-Presentation1ubi unggul

Ubi jalar. Bila google keluar banyak gambar keledek. Tapi sebenarnya ubi jalar ni termasuklah labu, lobak merah, dan mangga.

Macam-macam kan warna keledek ni. Semuaaa warna ni penting untuk kesihatan. Hebat kan Allah?

Ubi jalar ada elemen antioksida beta karotena, yang berfungsi atasi masalah rambut kering dan galak penghasilan sebum kulit kepala.

 

page

Lain-lain makanan seperti:-

Kayu manis – bantu pengaliran darah dan penghantaran oksigen ke folikel rambut

Jambu batu – kaya vitamin C, rambut tak mudah patah dan rapuh

Bijiran, pasta, kacang soya, kacang merah, kerang, sayuran hijau, hati – kaya zat besi

Daging tanpa lemak – kaya protein


Kesimpulannya, nutrisi yang penting untuk masalah keguguran rambut:-
✔ Omega 3
✔ Protein
✔ Vitamin B5
✔ Vitamin A
✔ Beta Karotena
✔ Vitamin C
✔ Zat Besi & folat

Di dalam Shaklee, kita juga ada makanan tambahan yang membantu untuk kesihatan rambut.

Kita ada Omega Guard untuk sumber Omega 3.

Kita ada ESP untuk sumber protein yang baik.

Kita ada Vitalea untuk sumber zat besi.

Kita ada Carotomax untuk sumber Beta

Karotena dan vitamin A.

Kita ada B Complex untuk sumber vitamin B.

Kita ada Sustained Release Vita C Plus untuk sumber vitamin C secara berperingkat.

RAMBUT

 

Hubungi saya untuk mendapatkan suplimen kurangkan rambut gugur 😀

ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

One thought on “8 Makanan Elak Rambut Gugur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge