7 Sebab Kenapa Perlu Ambil Omega 3

Omega 3 dan Kesihatan Kita

Kebanyakan daripada kita sudah pun tahu tentang banyaknya kebaikan Omega 3 untuk kesihatan.

Tetapi bagaimana sebenarnya Omega 3 membantu menjadikan kehidupan kita lebih baik?

Jom kita kenal apa itu Omega 3.

omega3-1

Omega 3 adalah sejenis asid lemak yang menjadi keperluan tubuh badan kita. Akan tetapi, tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan sendiri asid lemak ini. Kita harus mendapatkannya daripada pemakanan seharian atau melalui makanan tambahan.

Dari Mana Omega 3 Boleh Diperoleh?

EPA (eicosapentaenoic acid) dan DHA (docosahexaenoic acid) adalah jenis Omega 3 yang paling penting, kebiasaannya diperoleh daripada ikan sardin, mackerel dan salmon.

ALA (alpha-linolenic acid); satu lagi jenis Omega 3; diperoleh daripada sumber tumbuhan, seperti minyak sayuran, flaxseed, dan kekacang. ALA yang dimakan ikan akan diubah menjadi EPA dan DHA. Jadi, kita manusia boleh mendapatkan sumber Omega 3 daripada ikan atau pun melalui makanan tambahan.

“There are many, many health benefits of Omega 3, proven by thousands of medical trials around the world.”

Di negara seperti Jepun dan Iceland, ikan yang menjadi sumber Omega 3 dimakan seperti nasi di negara Malaysia. Ia menjadi makanan ruji penduduk negara tersebut. Mereka kurang terdedah kepada penyakit seperti masalah jantung dan arthritis.

7 Sebab Kenapa Perlu Ambil Omega 3

Di sini saya kongsikan 7 sebab kenapa perlu ambil Omega 3.

 

Untuk Otak Bijak

Tahukah anda 60% daripada otak anda terdiri daripada lemak? Omega 3 merangkumi lemak tersebut dan penting untuk otak yang sihat, terutamanya untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Ia juga membantu memperlahankan proses age-related memory loss dan dapat mengelak kemurungan.

Di dalam kajian yang diterbitkan Plos One pada Jun 2013,  tahap pengambilan DHA yang rendah dikaitkan dengan skil membaca dan memori yang lemah, masalah kelakuan di kalangan pelajar sekolah normal. Di dalam satu lagi kajian oleh American Journal of Clinical Nutrition pada Ogos 2013, kanak-kanak yang mengambil Omega 3 semasa kecilnya lebih tinggi pencapaiannya sewaktu di sekolah.

Untuk Bayi Di Dalam Kandungan

Berilah banyak-banyak khasiat untuk bayi yang sedang membesar itu. DHA nutrien yang kritikal untuk menyokong perkembangan otak, mata, dan sistem saraf bayi di dalam kandungan dan juga anak yang sedang membesar. Bonusnya, otak ibu juga akan lebih sihat dan dapat mengurangkan alahan dan asma pada anak kelak.

Jika anda seorang ibu menyusu, bayi ada bergantung kepada susu badan anda untuk mendapatkan khasiat Omega 3.

Untuk Jantung Sihat

Omega 3 mengawal tekanan darah dan menurunkan paras triglyceride yang tinggi. Triglyceride yang tinggi akan membawa kepada masalah jantung. Di dalam sebuah kajian, mereka yang mengambil ikan dalam diet lebih dari sekali dalam seminggu mempunyai risiko kurang 50% untuk terkena serangan jantung berbanding mereka yang mengambil ikan sekali dalam sebulan. Omega 3 juga mengurangkan risiko plaq terkumpul dalam arteri.

Untuk Sendi Kuat

Omega 3 membantu mengekalkan pelincir di bahagian sendi sekaligus mengurangkan sakit sendi.

Ia juga penting untuk atlet; dapat mengurangkan risiko kecederaan ketika latihan intensif dan mengurangkan kesakitan sendi para atlet.

Untuk Mata Tajam

Mata yang kering mungkin memberi signal yang anda perlukan lebih Omega 3 dalam pemakanan. DHA membentuk bahagian besar tisu mata dan menggalakan fungsi tear ducts.

 

Untuk Kulit Menawan

Omega 3 dipercayai membantu kulit kelihatan cerah kemerahan, melembapkan dan menganjalkan. Ia juga boleh memberi kesan baik kepada kulit ekzema dan jerawat dengan megurangkan keradangan.

 

Untuk Rambut Sihat

Omega 3 dipercayai membantu menguatkan folikel rambut, mengurangkan keguguran rambut dan menguatkan akar rambut.

Ia sangat sesuai untuk ibu-ibu selepas bersalin yang lazimnya mengalami keguguran rambut yang dahsyat. Rujuk post ini >> Makanan Sihat Untuk Rambut

 

Sumber:
http://articles.mercola.com/omega-3.aspx
https://www.barebiology.com/pages/why-omega-3
https://draxe.com/omega-3-benefits-plus-top-10-omega-3-foods-list/
http://www.webmd.com/healthy-aging/omega-3-fatty-acids-fact-sheet#1

Antara yang perlu diambilkira sebelum memilih suplemen minyak ikan Omega 3 adalah dengan melihat proses pembuatannya, kerana ikan di laut berisiko mempunyai merkuri yang merbahayakan manusia. Minyak ikan Omega 3 Shaklee mempunyai kajian yang dilakukan oleh pihak ketiga dan telah disahkan selamat dan tulen. Kebanyakan produk suplemen minyak ikan pula dipenuhi minyak filler lebih daripada minyak ikan Omega 3 itu sendiri. Boleh rujuk status Facebook Dr. Hafiz Sulaiman 

MINYAK IKAN TERBAIK?
—————————————-
.
Siri Ulangkaji bagi yang ketinggalan post saya beberapa tahun lepas berkenaan macam mana nak cari minyak ikan terbaik.

.
Tengok LABEL.

Jumlah minyak ikan – minyak omega 3…
@ total fish oil tolak kandungan (EPA& DHA)

= Minyak FILLER
.

Anda akan dapat minyak filler atau minyak pengisi saja untuk penuhkan softgel tu.

Antara filler yang digunakan ialah minyak canola, minyak dari usus atau kepala ikan..

Contoh pemenang dalam jadual yang saya sertakan ialah minyak ikan Shaklee Omegaguard kerana:

1) jumlah minyak omega3 tertinggi
EPA(540mg)+DHA(360mg) = 900mg!

2) Jumlah minyak filler
Jumlah minyak 1000mg-900mg= 100mg sahaja

.
.
Anda ni nak beli minyak ikan omega3 minyak usus ikan? Nah, cuba royak kat ambe, dalam jadual ni brand mana yang tercorot..

.
.

Penafian: saya tak jual shaklee..sedara mara atau kawan saya pun takde yang jadi agen. Yang buat jadual dibawah lagi saya tak kenal hehe.. produk MLM tak semestinya tak bagus..Produk USANA pun boleh tahan..cuma tengok poket lah.. Shaklee omegaguard pun sy x mampu weh..saya pun lagi prefer minyak ikan kod atau minyak krill..nanti ada peluang saya cerita pula kegemaran saya ya.. kredit kepada blog motherbabycare.info atas jadual yang bagus.

Yang lagi bagus sudah tentu ikan berlemak… Terbaik rezeki dari Allah 

perbezaan-omega-guard-berbanding-minyak-ikan-jenama-lain23453877_A3

Saya sendiri mengamalkan Omega Guard sejak selepas berpantang sehingga kini 🙂

Sebotol hanya berharga RM145.

Jadikan ia suplemen untuk seisi keluarga.  Saya akan ajar cara dan jadual makan yang dapat anda ikut. Hubungi saya melalui whatsapp – http://www.wasap.my/60136820482

ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge