10 Nutrien Penting Ibu Hamil

Ibu Hamil dan Nutrisi

Nutrisi yang berkualiti adalah penting sepanjang kehidupan kita, lebih-lebih lagi jika anda hamil (atau isteri anda hamil).

Atau jika anda merancang untuk berkahwin kurang daripada 3 bulan daripada sekarang, anda dan pasangan wajib tahu tentang 10 nutrien penting ibu hamil.

Apa Yang Ibu Hamil Perlukan?

Untuk kehamilan yang sihat, ibu perlukan 10 nutrien penting ibu hamil seperti di bawah:-

1) Vitamin B

Ketika hamil, ibu dan anak di dalam kandungan akan mendapat manfaat daripada vitamin B. Vitamin B yang dimaksudkan adalah

– Thiamin (B1)

– Riboflavin

– Niacin

– Pantothenic Acid

– Biotin

– Vitamin B6

– Folic Acid

– Vitamin B12

Folic Acid lebih-lebih lagi penting untuk ibu yang mahu hamil. Ia perlu diambil sebelum dab ketika proses kehamilan. Jumlah cadangan adalah sebanyak 400-600 mcg sehari. Ia bertujuan mengelakkan risiko kecacatan tiub neural yang boleh mengakibatkan kecacatan otak dan tulang belakang.

Tiub neural terbina dalam minggu-minggu pertama kehamilan. Vitamin ini perlu diambil hari-hari pada waktu anda menginginkan anak kerana kebanyakan ibu tidak sedar tentang kehamilan mereka pada minggu-minggu awal.

2) Iodin


Ketika hamil dan menyusukan anak, iodin diperlukan bagi menyokong perkembangan fizikan & mental bayi. Ibu-ibu disarankan mengambil 200 mcg sehari.

3) Asid Lemak Omega 3

Lemak sihat seperi EPA & DHA adalah sangat penting untuk kehamilan sihat. EPA menyokong sistem jantung dan imun, manakala DHA menyokong perkembangan otak, mata, dan sistem saraf. Ibu-ibu disarankan mengambil gabungan 500 mg EPA & DHA sehari.

4) Protein Tanpa Lemak (Lean Protein)

Logiknya, bila ada bayi yang sedang membesar dan berkembang di dalam badan, keperluan ibu kepada protein meningkat. Fokus kepada pengambilan protein yang berkualiti daripada sumber yang baik. Contohnya adalah soya(non-GMO), putih telur, daging, dan susu rendah lemak.

5) Vitamin A

Vitamin A penting untuk fungsi imun, sistem reproduksi dan kesihatan janin. Ibu-ibu disarankan mengambil 2500-8000 IU sehari.

6) Antioksidan

Antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E & Selenium membantu melindungi sel-sel sistem reproduksi.

 7) Kalsium, Zink & Magnesium

Kalsium, zink, dan magnesium adalah mineral yang membantu dalam pembentukan tulang dan gigi bayi. Selain itu, ketumpatan tulang ibu juga terpelihara.

Ada kes seorang ibu yang kehilangan giginya satu per satu, kelahiran demi kelahiran. Dan kini dia menasihatkan anak gadisnya yang bakal berkahwin untuk mengambil kalsium secara konsisten, agar tidak mengalami nasib sepertinya.

8) Vitamin D

Vitamin D menyokong perkembangan otak dan membantu penyerapan kalsium. Kalau badan ibu kurang vitamin D, susu ibu juga akan kekurangan vitamin D dan anak tidak akan dapat vitamin D yang secukupnya.

9) Zat Besi (Iron)

Zat besi penting untuk pembentukan hemoglobin dan myoglobin. Kedua-dua ini penting untuk membawa oksigen kepada bayi dan ibu sekaligus membantu mengurangkan keletihan ibu.

10) 300 kalori ekstra sehari

Ibu perlu menambah 300 kalori ekstra sehari. Tidak semestinya menambah kuantiti makanan, asalkan kalori mencukupi. Seimbangkan protein, karbohidrat, dan lemak.


Jangan ambil ringan dengan 10 nutrien penting ibu hamil ini.

Mengambil berat tentang diri sendiri bererti mengambil berat tentang bayi anda. Mulakan langkah sekarang!

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin kehamilan, hubungi saya untuk cadangan set yang lengkap nutrisi.

ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

One thought on “10 Nutrien Penting Ibu Hamil”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge